Friday, September 21, 2012

Kami lebih sayang Rasulullah SAW

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH PADA SETIAP KERDIPAN MATA DAN TURUN NAIK NAFAS SEBANYAK BILANGAN LUASNYA ILMU ALLAH.
 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini (Jumaat) ditutup. Ia ekoran beribu ummat Rasulullah SAW berhimpun untuk menzahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap manusia kafir yang menghina Baginda menerusi filem sengkek Innocence of Muslims dan kartun terbitan majalah Perancis, Charlie hebdo.


MAK ai, ramainya umat sampai dalam terowong pun diorang ada. Gambar ihsan Utusan Melaysia.
JALAN jem sebab polis tutup laluan! Gambar Bernama.


Kasih/cinta pada Nabi SAW amat dituntut oleh Islam. Pada Allah juga begitu malah kena lebih daripada sayangnya kita pada diri sendiri, harta benda, dunia, mak bapak dan anak-anak.

Bagaimanapun, setiap dakwaan perlukan bukti. Sama macam kalau kita cakap "Saya sayang Awak." Lepas tu, si dia pasti akan bertanya "apa buktinya?" Lepas tu, kita pun cakap la itu dan ini, bagi hadiah tu, hadiah ni, belikan kereta, belikan rumah. Last2, kita yang pokai. Ceh!

Tetapi cinta/sayang pada Allah SWT dan Nabi SAW tidak rugi apa-apa malah kita pula yang untung berlipat kali ganda.Ini merupakan jalan paling selamat seseorang mukmin itu untuk merasai nikmat manisnya iman.

Apa bukti menandakan yang kita sayang pada Penghulu Orang-Orang Salih, Saiyidina Muhammad SAW?


Kalau sayang seseorang, kita kena kenal peribadi orang tu. Kenal perangainya, rupa parasnya, ikhlaknya. Kalau tak kenal, maka tiada cinta walaupun hakikatnya cinta pada Allah dan Rasul merupakan anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilihNya..

Dalam rumah kita ada ke kitab Syamail Nabi (Kesempurnaan Nabi) yang di dalamnya diriwayatkan daripada sahabat dan hadis Nabi sendiri mengenai fizikal, cara hidup dan saat kewafatannya?

Ada ke kitab keistimewaan Rasulullah SAW yang jika dibaca akan menjadi penyembuh kepada hati yang mati?
HATI akan luluh sebaik ternampak kubah hijau di Masjid Nabawi menandakan di situlah terdapatnya jasad Nabi yang mulia dimakamkan.

Ada ke kitab hukum mencintai Nabi? Ada ke kitab hukum mencaci/ menyakiti Nabi? Ada ke kitab maulid Daiba'i atau Barzanji yang menceritakan mengenai kelahiran, kehidupan dan keistimewaan Nabi?

Ade ke kitab salawat Dalailil Khairat yang dikarang ulama khas untuk memuji Nabi secara bersyair? Ada ke kitab Sahihhain? (Sahih Bukhari dan Muslim) Ada ke kitab sunan Sittah (Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah, Imam Tirmizi, Bukhari dan Muslim) yang mengumpulkan hadis2 sahih? Berapa banyak sunnah Nabi pula yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?

Pernah ke kita pergi ke majlis maulid Nabi yang didalamnya diceritakan mengenai kehebatan dan kemuliaan Insan Agung itu? Adakah kita tahu yang Nabi mempunyai lebih 6,000 mukzijat yang dikurniakan Allah kepadanya? Adakah kita tahu yang Nabi mempunyai lebih 200 nama sama ada yang disebut dalam Quran atau disebut oleh para pencintanya berdasarkan hadis dan ayat suci?

PERNAHKAH KITA BERUSAHA UNTUK MEMBANTU ULAMA MELAHIRKAN PEWARIS NABI DENGAN MENGINFAKKAN HARTA KE JALAN ALLAH? Kalau ada, berapa banyak pula yang didermakan dan cuba bandingkan dengan belanja yang kita keluarkan untuk menyambut besday ahli keluarga atau insan tersayang sebagai contoh?

 Hal ini, kalau nak ceritakan pun memang takkan cukup. Sedangkan Saidina Ali pernah berkata dia memerlukan 70 ekor unta untuk membawa gulungan kertas ketika mentafsirkan huruf 'Ba' pada Bismillah. Itupun belum habis dikupasnya sejak selepas Isya' kerana azan subuh telah berkumandang .

Inikan pula hendak menceritakan mengenai Insan Teragung ciptaan Allah. Mana mungkin habis dinukilkan. Kalau dapat ditulis pun, belum tentu sempurna dan menepati hakikat sebenar Nabi SAW.

Kenal dulu, baru cinta, sayang dan rindu terhadap Rasulillah SAW. Kami (Ahli Sunnah Wal Jamaah) lebih sayang Rasulullah SAW daripada sesiapa.

Maas salamah wa ilal liqa'




No comments:

Post a Comment