WAJAH ceria Ayap |
Kemalangan yang masih menjadi tanda-tanya punca sebenarnya itu berlaku di Jalan Pulau Mampat-Mampong dekat Manggam iaitu kira-kira 20 meter hendak sampai ke teratak kami di Kampung Pulau Besar, Rembau.
Pada Ahad itu juga, keluarga kami membuat tahlil dan jemputan di kalangan penduduk kampung serta rakan-rakan arwah turut hadir bagi menghadiahkan kalimah-kalimah zikir yang menjadi hadiah buat roh yang didoakan.
ORANG kampung, sanak-saudara dan sahabat-handai antara yang hadir pada majlis tahlil Ayap dan beberapa lagi arwah keluarga yang telah mendahului kami. |
MAKAN time.. |
Antara menunya, nasi campur berlaukkan gulai ikan tenggiri, ayam masak merah dan sayur kobis. Tak lupa, ikan masin, pisang dan air oren dingin. Semua ahli keluarga kami pulang kecuali abang sulung kerana mempunyai urusan di luar daerah.
SAJE menyibuk...calon masterchef yang tersingkir awal, Nasrun dan anak buahnya, habib. kat belakang tu Mahmud tengah kejar ayam. |
Anak-anak buah yang paling gembira. Hari itu, semua yang ada (lebih 10 orang) bergembira dengan belari-lari, 'menolong' menghidupkan api, masukkan pasir dalam minyak masak (selepas selesai semuanya) main tangkap ayam, main psp dan lihat psy nyanyi oppa gangnam style di laptop.
SEDANG berbincang strategi untuk menangkap ayam peliharaan Ancu Wei (belakang dekat motor). |
TEKUN mendengar pembongakkan pak teh mereka mengenai perancangan membeli perangkap ayam untuk mendapatkan wang pergi ke bulan. |
Orang tua hanya tertawa melihat keletah mereka. Tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing.
Pemergian Ayap (panggilan mesra Ahmad Asraf) secara mengejut masih lagi meruntun jiwa. Jika tak kuat dan menganggap semua itu suratan takdir yang mempunyai hikmah disebaliknya, mau gila dan meroyan masing-masing. (maaf cakap). Kemalangan itu hanya sebab kepada kematian sahaja. Hakikatnya, ajal sudah menanti untuk menjemput pemilik jasad dan rohnya kembali menghadap Tuhan Yang Esa.
Kenduri hari itu dihadiri oleh kenalan dan rakan rapat Ayap sama ada rakan sekolah mahupun rakan sepermainan futsal beliau (Chembong Goalerz a.k.a Kampung Boys). Antara mereka, ada yang merupakan orang terakhir yang berbual dengan arwah selepas bermain futsal pada hari kejadian.
"Aku rasa hati tak sedaplah dan berdebar-debar," itu luahan Ayap kepada rakannya ketika berehat sebelum hendak pulang ke rumah.
"kau bacalah Fatihah ke Qul HuwAllah ke. ayat Kursi ke nanti leh tonang," nasihat rakannya. "Mekasih yo, mekasih yo," balas arwah sambil melirik senyuman sebelum menghidupkan enjin motosikal Yamaha 125Z. Dan, tidak sampai 15 minit, arwah dijemput Ilahi dengan rakan-rakannya yang masih belum habis menghisap rokok terkedu dan ada yang tidak percaya dengan apa yang berlaku.
p/s: gambar Bang Napi yang aku janjikan tu da ada...nantikan post terbaru mengenainya
maas salamah wa ilal liqa..
Rindu arwah ayap. Alfatihah.
ReplyDelete