nasib baik datang bawak kawan. leh tolong amek gambar. Allahhu Akbar! tempat yang sejuk walaupun matahari terik. Damai jiwa bila pergi makam saidatina Khadijah RA |
Sebaik menamatkan bacaan sebanyak tiga kali, aku kemudian menghadiahkan al-fatihah dan beberapa surah lain termasuk salawat azamiah kepadanya. Mula-mula aku ingatkan makam nenda saidina Hussin dan Hassan itu terletak dengan pintu gate hijau tu.
Punyalah pandang sambil mulut terkumat kamit baca. tetapi selepas 20 minit, datang sekumpulan lelaki Melayu yang mendakwa mempunyai tanah dan berketurunan penduduk Mekah, seorang lelaki yang mengetuai jemaah tersebut memberitahu makam sebenar Khadijah ialah di atas yang terdapat pokok kecil di permukaan makamnya.
jemaah Melayu yang tiba-tiba datang masa aku sedang menziarahi makam Khadijah. yang pakai kopiah dudu sebelah baju pink tula ustaz yang cakap pasal pokok tu. |
Dia menceritakan, pokok tersebut tidak berubah saiznya sejak ia dipacakkan di situ pada hari kewafatannya dan ia menjadi salah satu karamah isteri pertama Rasulullah SAW.
makam no 11 dengan pokok kecil di permukaannya. satut-satunya kubur yang ada pokok di Ma'la. Subhanallah! orang perempuan tidak dibenarkan masuk kerana Wahabi punya arahan. Sabar ye orang perempuan. |
Kawasan yang dipagar itu mengandungi jenazah ahli keluarga Nabi SAW. Puak Wahabi mengambil tindakan keras dengan mengunci pintu pagar tersebut bagi mengelakkan pecinta kaum itu duduk dekat sambil berdoa di sisi makam. diorang kata bidaah. itu jela yang diorang tahu. padahal ia adalah sunnah berdoa di makam yang didalamnya mengandungi jasad orang soleh. Rahmat Allah turun di situ.
bila dikenang balik, perjalanan penyucian jiwa aku untuk menunaikan umrah pada mei 2012 semacam telah diatur oleh Allah dan mempunyai persamaan dengan arwah ayah. pertama, pemergian kami ke tanah suci atas tajaan. kedua, wang saku diperolehi secara tidak disangka-sangka dan ia cukup sebagai bekalan bagi orang yang bermusafir ke tanah suci.
ayah meninggal tidak lama kemudian dan aku pun rasa akan menjejaki jalan itu. (perasaan sahaja). mengingati mati tu kan sunat. dapat pahala. sudah jelek hidup dengan kerenah manusia tetapi takut dan malu bertemu Allah kerana amal yang langsung tak ade. bersangka baik dengan Allah jela.
orang islam yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW wajib tahu mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Sesiapa yang tidak ambil tahu, maka dia telah mengabaikan hak Rasulullah.
mesti tahu apa yang dilakukan oleh wanita mulia tersebut hingga Nabi begitu kasih kepadanya berbanding isteri-isterinya yang lain.
maas salamah wa ilal liqa'
No comments:
Post a Comment