AHMAD ASRAF MOHAMAD NOR 18/9/92-3/9/12 |
Mata kanan kakaknya yang juga isteriku, Khadijah, 29, bergerak-gerak sejak Ramadan dan dia nampak risau apabila kerap bertanyakan kepadaku mengenai benda yang bakal dilihatnya. Aku pula yang ingin menenangkan hatinya hanya berkata "alah, takde pape lah tu..mata abang pun bergerak-gerak jugak ni."
Seorang lagi kakaknya, Siti Annisah, memberinya wang RM50 selepas arwah ingin meminjam RM40 daripadanya buat belanja...apabila diberi wang itu, dia enggan mengambilnya kerana dia hanya perlukan RM40 dan RM50 baginya sudah terlebih..
Dik yap: "Kak nisah nk pinjam duit 40..nnti den ganti."
Akak bg 50, ko ckp den nk 40 jo..
K.Nisah: x per akak bg..
Dik yap: Timo kasih yo k.nisah.. kata Arwah sambil mengambil wang tersebut dan berlalu dengan senyuman meleret...Yang pasti, tiada siapa dapat memberikan senyuman semanis DikYap dan ia tiada galang gantinya. kata orang putih, senyuman Ayap One Kind!
Arwah juga hanya mengambil lebih 10 batang kayu yang dia bercadang untuk dipacakkan bagi memasang pelita pada malam 27 likur. Pelita pun sudah dibeli oleh kakaknya tetapi entah kenapa Arwah tiba-tiba tak jadi berbuat demikian. Yang nampak hanya batang kayu tersebut dibiarkan berlambak atas tanah dekat laman.
Tetapi, yang paling nyata apabila arwah sendiri bagaikan sudah tahu yang ajalnya makin hampir. Daun yang mewakilinya di alam ghaib juga hampir layu dan sudah gugur tatkala dia menunggang motosikal abangnya, Mohamad Rijal jenis Yamaha 125Z antara pukul 8 hingga 9 malam hari kejadian.
Beberapa minit sebelum kejadian, Arwah yang baru selesai bermain futsal dengan rakan-rakannya (rakan-rakannya ramai hingga ada yang berusia lebih 40 tahun) telah mengemaskini status Facebooknya dengan mengatakan "Tiada cintaku selain cintaku pada Ilahi...Siang dan malam..selamat malam semua...muah 39" selain itu, status di BBMnya pula berbunyi "telinga terasa berdesing."
AYAP (kiri depan) bersama rakan sepasukannya. Ayap menjadi ayam tambahan pasukannya kerana skil peribadi yang dimiliki dan sering membantu pasukannya muncul juara. Syabas! |
Sebaik makan dan minum bersama rakan-rakan, arwah terus menghidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah kerana rakan-rakannya ingin datang beraya. Takdir Tuhan siapa yang tahu dan sebaik tiba di satu kawasan gelap di Jalan Batu Hampar Pulau Mampat (dekat Mampong), arwah dikatakan telah masuk ke laluan bertentangan ketika hendak mengelak bangkai binatang dan ketika itulah, seorang anggota tentera berusia 32 tahun yang menaiki motosikal Yamaha RXZ tiba lalu berlakulah pertembungan antara keduanya.
ORANG kampung bagaikan tidak percaya yang Ayap meninggal dunia dalam kemalangan itu. Ayap dikenali sebagai remaja periang yang baik dan tidak busuk hati. Semua peringkat umur suka berkawan dengannya. |
Sebaik rempuhan berlaku, Arwah ditemui dalam keadaan tertiarap dengan darah pekat dari kepala membasahi jalan. Tengkuk arwah patah. Tulang wajah arwah beralih. Mungkin terhantuk pada topi keledar atau tangki minyak RXZ tu. Darah dari kepalanya tak berhenti mengalir walaupun sudah dimasukkan ke dalam peti bilik mayat Hospital Tampin. Tulang tangan kirinya patah. Calar-balar di muka kelihatan.
Mangsa yang sorang lagi tu, disahkan meninggal dunia dua hari kemudian. Dengar cerita pinggangnya patah. Paru-parunya cedera selepas ditikam tulang rusuk yang patah. Salah satu jarinya dikatakan putus. Dia baru menimang cahaya mata.
KELIHATAN Kak Siti, Salbiah, Emak, Azwan, Angah dan beberapa ahli keluarga lain yang tidak dapat mengawal emosi apabila melihat Ayap terbaring kaku di atas jalan dengan darah membuak di kepala. |
Sehingga blog ini ditulis, punca kejadian kemalangan itu kekal misteri dan pelbagi teori dibuat. Ada juga rakan arwah memberitahu, ketika ditemui, motosikal yang ditunggang arwah tegak dengan siap bertongkat di tengah jalan. Agak pelik. Dua-dua motosikal itu hancur dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di Chembong.
Zakuan rakan Ayap yang merupakan orang pertama tiba di tempat kejadian terus turun dari motosikalnya sebaik ternampak kemalangan itu. Dia kemudian hampir pitam apabila mendapati yang terbaring itu merupakan Ayap iaitu seorang pemain futsal pasukan Chembong Goalerz yang diterajui oleh YB Saiful. Ayap merupakan anak emas YB. Dia kerap memberi Ayap wang belanja. Terima kasih YB.
Zakuan atau Mok kemudian menghubungi rumah lalu panggilan itu disambut oleh Kawok atau Khamsiah yang memang berada di rumah kerana masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Ahmad Mustofa kira-kira dua bulan lalu.
"Ayap tak sedar kak oi. Dia eksiden kek Mampong," kata Zakuan dan tanpa memikirkan hal kematian, kakaknya, Siti Salbiah bersama ibu saudara, Induk Aton yang duduk sebelah rumah kemudian pergi ke tempat kejadian sebelum kedua-duanya meraung sebaik melihat sekujur tubuh Ayap kaku di atas jalan. Dia memakai baju T dan seluar pendek ketika itu.
Ketika itu, berita mengenai kehilangan Ayap cepat tersebar bagaikan cepatnya panah meninggalkan busurnya. Zakuan terpaksa pergi ke rumah rakan-rakan sekampung kerana tidak mahu digelar 'induk' (penipu) oleh rakan-rakan jika dimaklumkan menerusi telefon.
Mereka sering induk-menginduk sesama sendiri dan ia dilihat sebagai trend baharu remaja masa kini untuk bergurau-senda sesama sendiri tetapi kadang-kadang agak menyusahkan juga jika melibatkan berita yang benar.
Ketika itu, kakak dan abang Arwah dimaklumkan seorang demi seorang dan aku dapat merasakan yang masing-masing bagaikan gila dan hampir-hampir tidak dapat menerima kejutan itu.
Aku yang masih di opis ketika itu sedang mengedit berita kemalangan di Kangar melibatkan kematian seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal bersama anaknya sebelum dia dirempuh sebuah kereta Honda Civic dipandu remaja lelaki berusia 15 tahun. Anak mangsa parah. Kereta itu milik ibunya. Kedua-dua beranak itu kemudian ditahan dan disaman.
Belum sempat aku menghabiskan editing, telefon cap ayam, nokia c3 aku berdering dan nama Bg Pozi 016 terpapar di skrin. Dalam hati aku kenapa agaknya ni sebab dia jarang menghubungi aku walaupun rumah kami bersebalahan.
Dalam waktu yang sangat singkat itu, aku hanya memikirkan perihal tiga anakku yang dijaga isterinya yang juga kakak iparku, Siti Hanim. Bagaimanapun, telahan aku silap dan dia terus memberitahuku dengan nada tenang, "Zi, Ayap dah takde, excident kat mampong," itu aje..."Hah"? Aku bagaikan tak percaya dengan berita itu dan terus ke tempat Khadijah untuk memaklumkan kepadanya pula.
Sebelum itu, Khadijah memintaku menghantarnya ke tempat letak kereta yang terletak kira-kira 150 meter dari opis kerana keretanya berdekatan opis. Dia ingat aku nak datang ajak dia ke tempat letak kereta tu.
"Sayang, Ayap dah meninggal, eksiden..." Hah? Ya Allah...die terus terduduk dan air matanya mengalir deras tanpa dipaksa dan ditahan lagi. Puas jugak lah aku dan beberapa rakan opis menenangkannya.
Ketika itu, maklumat mengenai kemalangan terlalu terhad kerana semua masih tidak tahu bagaimana ia berlaku dan telefon bimbit masing-masing sibuk. Kalau dapat hubungi pun, masing-masing sedang meraung dan tidak dapat memberikan apa-apa info. Aku terkedu.
Dengan pantas, aku hubungi rakan Kosmo! di Seremban, Rais Yeop Johari meminta bantuannya menghubungi polis Rembau bagi mengetahui punca kejadian. Dia pun gagal! Nasib ada Bang Ngah Ainol yang sedaya upaya memberikanku maklumat dan ternyata ia membantu walaupun tidak lengkap.
Last-last, aku sendiri yang pergi amek kereta dan kami pulang ke rumah di Pandan Indah untuk berlepas ke kampung bagi mengetahui cerita lanjut.! Mata Khadijah tidak berkelip lagi.
Jumpa di entri lain. Perkara-perkara mengajaibkan pada, ketika dan selepas kematian Ayap. al-Fatihah buat saudaraku, Ahmad Asraf. Maas Salamah wa Ilalliqa'
al fatihah.. semoga arwah tenang disana serta ditempatkan di golongan yang beriman. amin.
ReplyDeletex sangka dlm ramai2 anak abah n mak dik yap antara yg mulia..amin alfatihah..
ReplyDeleteal fatihah...
ReplyDeleterakan seperjuanganku dalam merentas desa...
amin....
Ya Allah... adeq ayap..
ReplyDeleteInnalillah...
semoga sentiasa dirahmati olehNya dan berada dalam kalangan orang yang beriman..
siti salbiah..mne nak cari die eh?
ada x Fb die? kalo ade bleh tlg komen x?
da lama cari die..
kwn kem plkn de' bana jempol n.9.
k2s5 2008.
siti salbiah tu kakak die.
Deletetime kaseh.
nurul_ain...taip saja siti salbiah nnt anda akan jumpa akaun fb tu..tq
ReplyDelete