BOLASEPAK menjadi kegilaan pelbagai golongan kerana selain wang, ia juga kononnya dapat merapatkan hubungan sesama insan. Modal yang digunakan untuk menutup pekung di dada. |
Aku taklah suka sangat tonton bolasepak. Salah satu sebabnya negeri aku, Melaka memang tak pernah nak menang dalam mana-mana kejohanan. Tempat tercorot yes. Sebab tu aku malas nak tengok. Liga EPL pulak, aku sokong Liverpool. Sejak zaman Barnes dan Gobbler. Termasuk Ian Rush.
Sesiapa sahaja layak menjadi pengulas bolasepak. Makcik tukang sapu dan cuci di pejabat pun boleh. Di pejabat aku, pengawal keselamatan merangkap polis bantuan juga tidak ketinggalan menjadi pengulas. Tetapi dia bukan komen sebarangan. Ulasannya penuh ilmu dan dia berpengatahuan mengenai bolasepak terutamanya bolasepak tempatan. Dia peminat setia.
Namun, ulasan yang agak melampau disertai kata makian dan cacian di depan kaca televisyen memang sudah menjadi lumrah. Cakap aje pandai tapi kalau main, hampeh!
Siapa yang mencipta permainan bolasepak? Mengapa ia menjadi sukan nombor satu di dunia. Di Brazil, penduduknya menganggap bolasepak seumpama agama. Wajib main seperti amalan beragama yang dituntut untuk dianuti. Kaedah yang sama digunakan di Argentina dan Amerika Latin khususnya.
Sebab tu, ramai orang Amerika Latin pandai main bola. Ramai sudah bintang-bintang dan lagenda dilahirkan di sana.
Pernah juga diberitakan sejarah, bolasepak terhasil apabila tentera Syi’ah yang dikenali sebagai Syits bin Rab'ie berjaya membunuh cucu Rasullullah SAW, Saidina Hussin di Karbala.
Selepas dapat memenggal kepala ahli keluarga Nabi itu, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. - lihat http://www.gelagatkita.com/asal-usul-permainan-bolasepak/
SALAH satu contoh ritual mencederakan diri yang dilakukan oleh pengikut Syiah di Iran. |
Apapun, bersukan itu bagus untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Jika ada yang beranggapan sejarah bolasepak itu sebagai karut atau tidak masuk akal kerana orang puteh juga gila main bola, satu aje jawapan aku:
Kemuliaan para kekasih Allah itu bukan sahaja terjadi atau dizahirkan ketika mereka hidup malah, selepas kewafatan mereka pun kesan itu akan menular di serata dunia.
Jika kepala Saidina Hussin dijadikan alat untuk menghinanya, maka ketahuinya ia akan berlaku sebaliknya dan lihat kini bagaimana Barat begitu mengagung-agungkan bolasepak.
Semua itu hasil kesilapan nenek moyang mereka yang pada mulanya ingin menghina Kekasih Allah. Ia berlaku tanpa mereka sedari dan ingatlah, bola bola juga, solat jangan lupa.
Musuh Islam sebenarnya sedaya upaya dan setiap masa cuba melekakan umat Islam dengan hiburan yang pada pandangan kita kini ia baik. Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti menghasut dan memalsukan kenyataan selagi mana Islam tidak menurut kehendak mereka dan selagi salin tidak dipacakkan di bumi Makkah. Itu hakikat yang perlu kita telan. Terleka bermakna padah menanti.
Sebenarnya, apa yang ingin aku sampaikan kepada kalian ialah mulai saat ini, sesiapa sahaja boleh meninggalkan komen jika berhajat melakukan sedemikian. Bukan berniat apa-apa. Hanya untuk meraikan sesiapa yang suka mengulas tanpa meninggalkan jejak. Ibarat Gerila la kan, dah serang lepas tu menyorok. Kadang-kadang menang, kadang-kadang terkubur.
Maas salamah wa ilal liqa
No comments:
Post a Comment