Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Negeri di Bawah Bayu pada awal tahun ini sangat mengasyikkan. Orangnya ramah-ramah dan ceria. Cuma dialek yang berlainan tetapi tetap menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Malaysia. Inggeris pun ada.
Di sana, aku ke Pulau Gaya. Pulau itu sedang dibangunkan oleh pemaju untuk membina resort mewah. Atas jemputan pemilik resort, aku merasa jugak bermalam di dua resort mewah, Gayana Eco Resort. Paling murah, semalam harga dia RM2k ke atas.
JALAN masuk ke bilik di GER. Kalau jalan atas jambatan tu, kita boleh nampak ikan. Ikan kat sini hidup bebas dan kaki pancing takkan ada tempat nak tangkap diorang. Gambar ni aku amek sendiri. |
Penduduk tempatan memang tak pergi sana, Tempat tu hanya untuk pelancong yang duit dia memang tak tahu nak buat apa lagi.
Lepak kat sana memang best. Percutian mewah memang menjadi impian. Selain aku, GER juga menjemput 10 lagi wartawan termasuk lima dari Hong Kong. Setiap sorang diberi satu bilik dan aku memang memanfaatkan sepenuhnya peluang itu. Best siot!
Katil empuk, peti ais penuh dengan pelbagai minuman (arak pon ada dan itu membuatkan aku kurang selesa sikit. Panggil room servis suruh dia amek arak tu sebab malaikat tak masuk beb kalau dalam bilik ade arak). Bilik air dia besar dan penuh dengan haruman, losyen, berus gigi, ubat gigi dan bermacam lagi toiletries.
NI la yang aku cakap tu ade dalam bilik air dan ruang tamu. Hah! Puas nak pilih. |
Bilik aku menghadap laut. Bila selak langsir, saujana mata memandang. Matahari terbit pukul 5 pagi kat sini. kat luar dia ada kerusi malas beralaskan tilam empuk untuk lepak sambil kira bintang. Pagi-pagi ada bot sampai hantar sarapan. Masa tu terasa macam artis pun ada gak tapi kureng sebab anak bini tak ada kat situ.
PEMANDANGAN waktu pagi amat mendamaikan. Rasa sayang nak tinggalkan tempat tidur. |
SARAPAN pagi dihantar guna bot. Tapi kena kol front desk dulu la. Dah macam raja dah rasa duduk sini. Nikmat dunia. |
Bilik yang aku duduk tu harga dia RM4k ++. Kalau tak dijemput, memang aku takkan booking. Tapi agak berbaloi bagi mereka yang berduit sebab suasa kat sana sangat tenang dan mendamaikan. Alah membeli menang memakai lah ibaratnya.
BILIK yang aku duduk seorang diri sepanjang lima hari kat GER. Tapi hanya dapat rasa untuk tidur aje sebab jadual padat. Kat sini ada Wifi free. |
Kat sana korang boleh snorkeling, jungle tracking, tengok mat saleh mandi kolam sambil pakai bikini (nauzubillah), barbeQ, diving, tapi jangan pergi hari Jumaat sebab nanti korang takde tempat nak solat Jumaat. Nak pergi masjid kena naik bot pergi balik ke tanah besar.
Ada jugak bilik kat GER ni, lantai dia boleh nampak air. Dia buat pakai kaca tebal dan tahan pecah. Mana tahu kot-kot ada tetamu yang bawak anak dan lompat-lompat, pukul-pukul kaca tu sebab geram tengok air dia yang membiru dan ikan meliuk riang di bawahnya.
LANTAI cermin ni hanya terdapat dekat resort paling mahal kat situ. Harga dia jangan tanya. Aku hanya dapat tengok aje. |
Sepanjang lima hari berada di situ, aku terpikir, agaknya beginilah keadaannya kalau di Akhirat kelak. Orang yang ditakdirkan mendapat balasan syurga akan merasai segala kenikmatan yang dijanjikan Allah kepada hambaNya ketika hidup di dunia.
Hanya orang terpilih dapat merasai semua itu dan orang yang ditakdirkan sebaliknya, hanya mampu untuk melihat dan mengutuk diri kerana tidak melakukan taat kepada Tuhan ketika hayatnya.
Maas Salamah wa Ilal Liqa'
No comments:
Post a Comment