Sunday, September 9, 2012

Ilmu tidur berbantalkan gelas

Petuanya pelik. Ilmu yang diperolehi jarang diceritakan. Cuma kepada orang tertentu sahaja pengalaman yang dilaluinya dikongsikan.

Selain mempunyai badan tegap, lelaki yang aku panggil Bang Napi ni juga mahir soal membuat lahad dan menggali lubang kubur. Dia penggali kubur tetap di Bukit Sembilan, Kota iaitu tempat di mana jasad Ahmad Asraf atau Ayap dan 18 lagi insan terpilih disemadikan.

Mereka yang mengetahui, begitu mendambakan untuk dikebumikan di sini kerana berdekatan dengan pelajar tahfiz selain kawasan persekitarannya sentiasa dilazimi zikrullah, bacaan al-Quran dan Maulid Nabi SAW. Senang citer, kawasan Bukit Sembilan tu tempat orang alim lagi solehlah.

Sesiapa yang merasakan dirinya tidak alim atau soleh, kena mintak dikebumikan di situ kerana rahmat Allah banyak diturunkan di situ. Tak pasal-pasal di mati mendapat rahmat walaupun dia sepatutnya dibelasah secukupnya oleh Mukar dan Nakir.

Iklan sikit.
Ramainya orang ziarah masa Ayap dikebumikan di Bukit Sembilan, Kota. Kemuliaan seseorang itu diukur ketika matinya dan bukan hayatnya. Wallahhu a'lam.


Berbalik pada cerita Bang Napi ni tadi, Abah kami, Mohamad Nor Mahmud telah menganggapnya sebagai ahli keluarga kami. Dia bebas keluar masuk hatta membuat air teh sendiri, amek nasi, senduk lauk sendiri. Tiada lagi rasa malu bila sudah mesra.

Hendak dijadikan cerita, pada malam kematian Ayap, dia tidak dapat kami hubungi. Entah kenapa telefon dia asyik masuk voice mail atau gagal dihubungi. Selepas kami selesai mengkhatamkan Quran sebaik pulang dari hospital (sekitar pukul 2 atau 3 pagi) barulah dia muncul. 

Bagaimana dia mendapat berita itu aku kurang periksa kerana ketika itu masing-masing tidak sempat bertanya itu dan ini kerana sibuk mengenai arwah yang masih di hospital dan terkejut dengan kejadian.

Ketika aku hendak pergi ke bilik air (pukul 4 pagi) aku lihat dia tidur di ruang tamu di rumah bawah (rumah kami rumah kampung yang mempunyai rumah bawah dan atas) bersama abah, emak dan beberapa ahli keluarga aku yang lain.

Selepas mengkhada'kan hajat, aku naik atas untuk tidur selepas penat drive dari KL+pergi hospital+mengaji. Baru mata nak terlayang, aku terkejut apabila terdengar suara jeritan dan tangisan yang begitu sayu. Kuatnya boleh didengari sampai luar rumah.

Perkara itu menjadi rahsia sehinggalah urusan pengkebumian Ayap selesai. Ketika itu, aku nampak Bang Napi dan anaknya, Adin, membawa peralatan menggali kubur ke stor dan kebetulan kereta Vios aku pon parking dekat dengan stor tersebut.

Aku menunggu dengan sabar dan selepas dia keluar, dia menuju kepada aku yang memanggilnya. 

"Bang Napi, napa jerit masa tengah tidur malam tadi? "Ade jumpe arwah ke?"

"Aku jumpa dia dan dia cerita macam mana dia eksiden. Roh bertemu roh," dakwa dia. "Masa dia jumpa aku tu, muka dia elok dan pakai putih. Tapi bila roh aku pegi spital, aku terus bukak peti mayat dan aku terus jerit dan sedih sebab dia parah dek eksiden tu," kata dia.

"Pak Itam (abah) sapu muka aku dan baca sikit-sikit. Terus aku sedar dan aku cerita kat dia apa yang aku alami. Aku terkejut tengok jasad dia yang parah tu," kata dia sebelum kami berpisah.

Rupa-rupanya, dia bukan sengaja atau bernasib baik dapat jumpa roh Ayap. Masa dia tidur kat ruang tamu rumah bawah tu, dia tidur beralaskan gelas dan bukan bantal. Tu Petua dan ilmu dia, yang selebihnya, aku tak dapat nak jelaskan. Apa pun, ia atas izin Allah Taala. Kalau tak tahu, jangan buat kat rumah. Serahkan pada yang ahlinya.

Bang Napi yang aku tahu dia kaki pukul orang. Tapi semua yang dia buat tu bersebab dan bukan macam gengster lain yang nak merampas kawasan la, jual dadah lah, bukak rumah pelacur lah dan macam-macam lagi kejahatan yang tak berhati perut.

Nak kenal dia senang aje, dia ade janggut perang. Asal Kedah. Rambut flat top. Dia gengster yang sayangkan Allah dan Nabi Muhammad  SAW. Ade masalah kete kena tarik atau kena pukul tak bersebab, kol dia. Nanti boleh setel. Tapi aku belom pernah cuba lagi gunakan khidmat dia tu sebab aku pun boleh tahan jugak! ha ha ha.

Puas aku cari gambar Bang napi dalam sistem aku...nanti kalau ade aku upload...promise

Maas salamah wa ilal liqa'

3 comments:

  1. salam bro..bang napi de cite x cmne arwah ayap xcdent..

    ReplyDelete
  2. palando: Bang Napi ade cerita tetapi rasanya tidak elok untuk ditulis kerana bimbang akan menjadi bias terhadap kes yang menjadi siasatan polis. Mohon maaf. Mungkin kita boleh bersembang sambil minum teh tarik di kedai mamak sambil hisap rokok...

    ReplyDelete
  3. ok bro..sye nk taw sbb sye ni pn kwn arwah gak..

    ReplyDelete