Friday, September 21, 2012

Kami lebih sayang Rasulullah SAW

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH PADA SETIAP KERDIPAN MATA DAN TURUN NAIK NAFAS SEBANYAK BILANGAN LUASNYA ILMU ALLAH.
 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini (Jumaat) ditutup. Ia ekoran beribu ummat Rasulullah SAW berhimpun untuk menzahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap manusia kafir yang menghina Baginda menerusi filem sengkek Innocence of Muslims dan kartun terbitan majalah Perancis, Charlie hebdo.


MAK ai, ramainya umat sampai dalam terowong pun diorang ada. Gambar ihsan Utusan Melaysia.
JALAN jem sebab polis tutup laluan! Gambar Bernama.


Kasih/cinta pada Nabi SAW amat dituntut oleh Islam. Pada Allah juga begitu malah kena lebih daripada sayangnya kita pada diri sendiri, harta benda, dunia, mak bapak dan anak-anak.

Bagaimanapun, setiap dakwaan perlukan bukti. Sama macam kalau kita cakap "Saya sayang Awak." Lepas tu, si dia pasti akan bertanya "apa buktinya?" Lepas tu, kita pun cakap la itu dan ini, bagi hadiah tu, hadiah ni, belikan kereta, belikan rumah. Last2, kita yang pokai. Ceh!

Tetapi cinta/sayang pada Allah SWT dan Nabi SAW tidak rugi apa-apa malah kita pula yang untung berlipat kali ganda.Ini merupakan jalan paling selamat seseorang mukmin itu untuk merasai nikmat manisnya iman.

Apa bukti menandakan yang kita sayang pada Penghulu Orang-Orang Salih, Saiyidina Muhammad SAW?


Kalau sayang seseorang, kita kena kenal peribadi orang tu. Kenal perangainya, rupa parasnya, ikhlaknya. Kalau tak kenal, maka tiada cinta walaupun hakikatnya cinta pada Allah dan Rasul merupakan anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilihNya..

Dalam rumah kita ada ke kitab Syamail Nabi (Kesempurnaan Nabi) yang di dalamnya diriwayatkan daripada sahabat dan hadis Nabi sendiri mengenai fizikal, cara hidup dan saat kewafatannya?

Ada ke kitab keistimewaan Rasulullah SAW yang jika dibaca akan menjadi penyembuh kepada hati yang mati?
HATI akan luluh sebaik ternampak kubah hijau di Masjid Nabawi menandakan di situlah terdapatnya jasad Nabi yang mulia dimakamkan.

Ada ke kitab hukum mencintai Nabi? Ada ke kitab hukum mencaci/ menyakiti Nabi? Ada ke kitab maulid Daiba'i atau Barzanji yang menceritakan mengenai kelahiran, kehidupan dan keistimewaan Nabi?

Ade ke kitab salawat Dalailil Khairat yang dikarang ulama khas untuk memuji Nabi secara bersyair? Ada ke kitab Sahihhain? (Sahih Bukhari dan Muslim) Ada ke kitab sunan Sittah (Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah, Imam Tirmizi, Bukhari dan Muslim) yang mengumpulkan hadis2 sahih? Berapa banyak sunnah Nabi pula yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?

Pernah ke kita pergi ke majlis maulid Nabi yang didalamnya diceritakan mengenai kehebatan dan kemuliaan Insan Agung itu? Adakah kita tahu yang Nabi mempunyai lebih 6,000 mukzijat yang dikurniakan Allah kepadanya? Adakah kita tahu yang Nabi mempunyai lebih 200 nama sama ada yang disebut dalam Quran atau disebut oleh para pencintanya berdasarkan hadis dan ayat suci?

PERNAHKAH KITA BERUSAHA UNTUK MEMBANTU ULAMA MELAHIRKAN PEWARIS NABI DENGAN MENGINFAKKAN HARTA KE JALAN ALLAH? Kalau ada, berapa banyak pula yang didermakan dan cuba bandingkan dengan belanja yang kita keluarkan untuk menyambut besday ahli keluarga atau insan tersayang sebagai contoh?

 Hal ini, kalau nak ceritakan pun memang takkan cukup. Sedangkan Saidina Ali pernah berkata dia memerlukan 70 ekor unta untuk membawa gulungan kertas ketika mentafsirkan huruf 'Ba' pada Bismillah. Itupun belum habis dikupasnya sejak selepas Isya' kerana azan subuh telah berkumandang .

Inikan pula hendak menceritakan mengenai Insan Teragung ciptaan Allah. Mana mungkin habis dinukilkan. Kalau dapat ditulis pun, belum tentu sempurna dan menepati hakikat sebenar Nabi SAW.

Kenal dulu, baru cinta, sayang dan rindu terhadap Rasulillah SAW. Kami (Ahli Sunnah Wal Jamaah) lebih sayang Rasulullah SAW daripada sesiapa.

Maas salamah wa ilal liqa'




Tuesday, September 18, 2012

penggali kubur kebal badi

Seperti mana yang dijanjikan, aku upload jugak gambar abang napi a.k.a gengster beriman dari Rembau. Orang gelar dia ayahanda janggut perang. Dia hebat sebab dia ade ilmu. baik dunia mahupun akhirat. Aku tabik.

Pertama kali berjumpa dengannya sekitar tahun 2005 iaitu masa aku mula-mula kenal dengan pasangan hidupku. Dia tetap macam yang aku kenali dulu walaupun 2012 dah nak sampai penghujungnya.

Walaupun dia gengster, dia tahu gali kubur. cara-cara nak elak kena badi dan ilmu halimunan dengan syarat kena pakai kain kapan orang yang dah mati. tapi dia tak pernah buat.

Pernah satu ketika tu, kampung pulau besar kecoh pasal pocong yang menjelma hingga menakutkan penduduk untuk keluar malam. sarjan polis yang terserempak dengan pocong tu demam. pocong tu dikatakan jelmaan seorang wanita yang mati di kampung tu. dia mati sebab apa aku dah lupa. (jangan marah)

Kalau kita, memang la kecut perut kalu jumpa pocong tu. nak pergi cari jauhlah kan. Uapi dia, dengan selamba pergi duduk dekat kubur memalam buta dengan niat nak bertentang mata dengan makhluk halus tersebut. tapi yang peliknya, pocong tu tak muncul lak tu. pocong lak yang takut ngan dia ni.

"Aku nak p lempang muka dia dengan nak tanya kenapa kacau orang kampung," katanya dengan loghat Kedahnya. dengar macam angkuh tapi dia cara dia cakap memang macam tu.

Dia jugak seakan tahu jika empunya kubur yang dia gali tu baik atau sebaliknya. pernah ada orang nak aniaya dia dengan menghantar santau tetapi pendinding dia kuat tapi santau tu terpalit pada anak dia. Lama gak anak dia menderita tapi pulih selepas berubat.

Satu aje niat aku dengan dia nak buat tapi x dapat-dapat. nak panjat Gunug Datuk sebab kat atas tu boleh nampak pemandangan menarik dan ada kesan tapak kaki pada batu yang dikatakan milik seorang panglima atau wali. Aku nak pegi tapi belum berkesempatan. Memandangkan stamina pun tak cukup dengan hal-hal lain yang berkaitan, aku lupakan saja niat tu.

Sebenarnya, ilmu dunia berkaitan hal-hal ghaib ni terlalu banyak. Cuma kita aje yang tak didedahkan atau malas nak amek port. ilmu ghaib bertuankan syaitan paling disukai oleh pengamal ilmu hitam kerana ia dapat dijelmakan ketika hidup dan membantu kehidupan, kononnya. sebenarnya ilmu tu menjadi perosak diri hingga keturunan yang tak tahu apa-apa jadi mangsa.

Tapi dalam banyak-banyak, satu aje yang aku ingat sampai hari ini. Ada satu malam tu, aku, bang Napi, Ijal dan arwah Asraf naik kete kelisa aku pergi makan asam pedas kat melaka. Baik punya pulun sampai kami kekeyangan. asam pedas tu kat pasar borong melaka. jarak dia ade le 50 km pegi balik dari rembau. Apa pun, asam pedas melaka memang meletop..cukup makan nasik, telur masin, timun dan ikan pari @ parang @ daging tetel masak asam. perggghh!
NI yang buat aku keliur ni. Rasa nak balik Melaka je malam ni makan asam pedas.

Monday, September 17, 2012

antara kemeriahan kenduri dan kesedihan terpendam


Ahad lalu genap 14 hari keluarga besar kami kehilangan ahlinya yang bongsu, Ahmad Asraf Mohamad Nor, 20, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang berlaku antara Maghrib dan Isya' pada 3 September 2012.
WAJAH ceria Ayap


Kemalangan yang masih menjadi tanda-tanya punca sebenarnya itu berlaku di Jalan Pulau Mampat-Mampong dekat Manggam iaitu kira-kira 20 meter hendak sampai ke teratak kami di Kampung Pulau Besar, Rembau.

Sememangnya, kehilangan merupakan sesuatu yang menyedihkan. Ia terlalu lama untuk dipulihkan. bagi mereka yang pernah kehilangan orang tersayang pasti tahu rasa. Aku pun sama. Aku kehilangan ayah pada 2001. Ketika itu, aku belum grad dari UIA. Ah, moga ayah damai di sana. Pertemuan di akhirat lebih bermakna kan? Relakan dia pergi.

Pada Ahad itu juga, keluarga kami membuat tahlil dan jemputan di kalangan penduduk kampung serta rakan-rakan arwah turut hadir bagi menghadiahkan kalimah-kalimah zikir yang menjadi hadiah buat roh yang didoakan.
ORANG kampung, sanak-saudara dan sahabat-handai antara yang hadir pada majlis tahlil Ayap dan beberapa lagi arwah keluarga yang telah mendahului kami.
MAKAN time..


Antara menunya, nasi campur berlaukkan gulai ikan tenggiri, ayam masak merah dan sayur kobis. Tak lupa, ikan masin, pisang dan air oren dingin. Semua ahli keluarga kami pulang kecuali abang sulung kerana mempunyai urusan di luar daerah.


SAJE menyibuk...calon masterchef yang tersingkir awal, Nasrun dan anak buahnya, habib. kat belakang tu Mahmud tengah kejar ayam.
Persiapan bermula seawal pukul 6 pagi. Mak merupakan orang yang paling sibuk ari tuh mengalahkan ahli politik. Mana taknya, segala ramuan dan persiapan majlis diuruskannya. Alhamdulillah! Hanya Allah yang membalas jasa mak.

Anak-anak buah yang paling gembira. Hari itu, semua yang ada (lebih 10 orang) bergembira dengan belari-lari, 'menolong' menghidupkan api, masukkan pasir dalam minyak masak (selepas selesai semuanya) main tangkap ayam, main psp dan lihat psy nyanyi oppa gangnam style di laptop.
SEDANG berbincang strategi untuk menangkap ayam peliharaan Ancu Wei (belakang dekat motor).
TEKUN mendengar pembongakkan pak teh mereka mengenai perancangan membeli perangkap ayam untuk mendapatkan wang pergi ke bulan.
 
 Orang tua hanya tertawa melihat keletah mereka. Tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing.

Pemergian Ayap (panggilan mesra Ahmad Asraf) secara mengejut masih lagi meruntun jiwa. Jika tak kuat dan menganggap semua itu suratan takdir yang mempunyai hikmah disebaliknya, mau gila dan meroyan masing-masing. (maaf cakap). Kemalangan itu hanya sebab kepada kematian sahaja. Hakikatnya, ajal sudah menanti untuk menjemput pemilik jasad dan rohnya kembali menghadap Tuhan Yang Esa.

Kenduri hari itu dihadiri oleh kenalan dan rakan rapat Ayap sama ada rakan sekolah mahupun rakan sepermainan futsal beliau (Chembong Goalerz a.k.a Kampung Boys). Antara mereka, ada yang merupakan orang terakhir yang berbual dengan arwah selepas bermain futsal pada hari  kejadian.
ANTARA rakan-rakan Ayap yang hadir. Tiga orang yang didepan tu merupakan rakan sepermainan Ayap dan mereka adalah orang yang terakhir berbual dengan Ayap. Sorang lagi dah balik awal. yang belakang baju belang tu football manager dalam pembikinan.


"Aku rasa hati tak sedaplah dan berdebar-debar," itu luahan Ayap kepada rakannya ketika berehat sebelum hendak pulang ke rumah.

"kau bacalah Fatihah ke Qul HuwAllah ke. ayat Kursi ke nanti leh tonang," nasihat rakannya. "Mekasih yo, mekasih yo," balas arwah sambil melirik senyuman sebelum menghidupkan enjin motosikal Yamaha 125Z. Dan, tidak sampai 15 minit, arwah dijemput Ilahi dengan rakan-rakannya yang masih belum habis menghisap rokok terkedu dan ada yang tidak percaya dengan apa yang berlaku.

p/s: gambar Bang Napi yang aku janjikan tu da ada...nantikan post terbaru mengenainya

maas salamah wa ilal liqa..








Friday, September 14, 2012

wanita Jepun, wanita Malaysia


Ketika membuat liputan mengenai festival gamelan antarabangsa di Kuala Terengganu sekitar dua tahun lalu, aku tak sangka akan menemui beberapa benda yang menarik walaupun ia bukanlah pelik sangat bagi sesetengah orang. Tapi ia baru bagi aku. Semua orang ada benda baru dalam hidup mereka walaupun orang lain dah lama tahu.
ni team gamelan bali. power beb diorang main sebab laju nak mampuih. dia siap ade penari lagi (gambar bawah). banyak lagu berceritakan mengetai epik mahabrata. unsur buddha masih menebal dalam mana-mana lagu.


banyak kedai menjual pakaian berasaskan batik, pasar payang yang boleh diborong (bawak duit sikit pun boleh dapat banyak benda kalau pandai tawar-menawar), masjid yang banyak tiang sebesar pangkal balak, dan wanita Jepun yang tidak kekok bermain gamelan dan fasih berbahasa Indonesia!

 "kami selesa belajar gamelan di Indonesia dan begitu bersungguh-sungguh melakukannya hingga kami kini sudah fasih berbahasa Indonesia." Yang aku tengok memang diorang ni belajar bersungguh-sungguh sampai tak sempat nak enjoy masa muda.

Sebab yang datang tu semua dah 'sunset'. Ceh! anggaran umo sekitar 40-an. memang la tak jumpa mcam yang dalam tv tu. tapi mereka peramah dan masih nampak kelembutan yang sentiasa ditonjolkan dalam drama Oshin. (drama jepun sekitar 80an) feymes woo drama tu.

aku mula-mula tanya wanita-wanita tu dalam bahasa omputeh. boleh lah sikit2 sebab aku dulu ngaji kat UIA. mengaji tu memang perlu. at least, leh gak bantu carik kerja dan tolong kita yang dalam kecemasan. tapi tu sume ketentuan Allah lah kan. Mana boleh halang atau luluskan.

tapi yang peliknya, diorang tu bukan aje tak paham ape yang aku tanya (aku rasa grammer ngan cara aku speaking dah ok dah) tapi diorang leh balas balik: "Sila tanya dalam bahasa malaysia. kami faham melayu sebab kami cakap bahasa indonesia"

hah! amek kau. wanita jepun leh cakap melayu. pandai main gamelan. lagu yang diorang bawak masa tu aku masih ingat lagi iramanya. mereka akan pukul macam loceng kecik dulu sebagai tanda atau kiu kepada kengkawan untuk mula main alat muzik masing-masing.

lepas tu, sorang-sorang ketuk tembaga yang telah diraut sesuai dengan iramanya dan ianya menjadi lagu yang sangat asyik. jepun + indonesia. iramanya ada yang laju dan ada yang perlahan. kimono tetap menjadi pakaian utama.

sepanjang 5 atau 6 ari (agak-agak) aku tengok ramai pemain gamelan berbakat dari serata dunia termasuk yang datang dari UIA, UPM, terengganu dan artis actors studio.

Sebelum ni pun, masa belajar kat UIA, aku masuk kelab gamelan bukan apa, sebab tak pernah nak meraka main alat muzik yang dikatakan digunakan oleh wali songo untuk menarik minat penduduk jawa, indonesia yang menganut buddha supaya memeluk Islam.

 pandainya wali songo menggunakan minat penduduk setempat ketika itu. kesannya dapat dilihat sampai ke hari ini apabila berjuta penduduk indonesia kini menganut Islam. wali songo dikatakan menukarkan lagu yang memuji dewa kepada pujian-pujian ke atas Allah dan Rasul-Rasulnya.

daripada perbuatan wali songo ni tadi, dapat kita simpulkan alat muzik dalam Islam harus selagi ia mengingatkan kita kepada Allah. hari kiamat pun takkan terjadi jika sangkakala yang berbentuk seperti tanduk itu tidak ditiup oleh malaikat bernama Israfil.itu pun muzik jugak walaupun hakikatnya bagaimana ia ditiup dan bentuk sangka kala tu hanya Allah yang lebih mengetahuinya.
gambar wali songo atau wali sembilan yang kini senang dilihat di internet. taip aje songo dan macam-macam gambar keluar. apapun, kebijaksaan mereka berdakwah tiada tolok bandingannya.


berbalik pada tajuk asal, aku sempat juga bergambar dengan wanita jepun tu masa diorang habis show. saja nak jadikan kenangan. duduk paling hujung sebab semua dah tua. kalau muda-muda, mau jugak aku duk tengah2. haih! nasib.
muzik yang wanita jepun tu mainkan best jugak. jepun campur indonesia.


tapi aku kagum dengan kesungguhan diorang tu yang sanggup tinggalkan negara, kerja dan keluarga semata-mata nak belajar gamelan. apa yang best pun bagi diorang tu entahlah. mungkin pasal irama dia agaknya.
ni dia wanita jepun tu. dah tua kan?


agak2 ada tak wanita malaysia yang sanggup buat macam diorang tu? apa pun, ucapan terima kasih aku hulurkan kepada majikan aku kerana pasal tugasan ni, aku merasa gak akhirnya naik kapal terbang walaupun ia hanya air asia sebab mas fully booked. pergi last minit. taktik penganjur nak cut bajet. aku tau!

maas salamah wa ilal liqa

Wednesday, September 12, 2012

Melepak di resort mewah bak selebriti


Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Negeri di Bawah Bayu pada awal tahun ini sangat mengasyikkan. Orangnya ramah-ramah dan ceria. Cuma dialek yang berlainan tetapi tetap menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Malaysia. Inggeris pun ada.

Di sana, aku ke Pulau Gaya. Pulau itu sedang dibangunkan oleh pemaju untuk membina resort mewah. Atas jemputan pemilik resort, aku merasa jugak bermalam di dua resort mewah, Gayana Eco Resort. Paling murah, semalam harga dia RM2k ke atas.
JALAN masuk ke bilik di GER. Kalau jalan atas jambatan tu, kita boleh nampak ikan. Ikan kat sini hidup bebas dan kaki pancing takkan ada tempat nak tangkap diorang. Gambar ni aku amek sendiri.


Penduduk tempatan memang tak pergi sana, Tempat tu hanya untuk pelancong yang duit dia memang tak tahu nak buat apa lagi.

Lepak kat sana memang best. Percutian mewah memang menjadi impian. Selain aku, GER juga menjemput 10 lagi wartawan termasuk lima dari Hong Kong. Setiap sorang diberi satu bilik dan aku memang memanfaatkan sepenuhnya peluang itu. Best siot!

Katil empuk, peti ais penuh dengan pelbagai minuman (arak pon ada dan itu membuatkan aku kurang selesa sikit. Panggil room servis suruh dia amek arak tu sebab malaikat tak masuk beb kalau dalam bilik ade arak). Bilik air dia besar dan penuh dengan haruman, losyen, berus gigi, ubat gigi dan bermacam lagi toiletries.

NI la yang aku cakap tu ade dalam bilik air dan ruang tamu. Hah! Puas nak pilih.


Bilik aku menghadap laut. Bila selak langsir, saujana mata memandang. Matahari terbit pukul 5 pagi kat sini. kat luar dia ada kerusi malas beralaskan tilam empuk untuk lepak sambil kira bintang. Pagi-pagi ada bot sampai hantar sarapan. Masa tu terasa macam artis pun ada gak tapi kureng sebab anak bini tak ada kat situ.
PEMANDANGAN waktu pagi amat mendamaikan. Rasa sayang nak tinggalkan tempat tidur.
SARAPAN pagi dihantar guna bot. Tapi kena kol front desk dulu la. Dah macam raja dah rasa duduk sini. Nikmat dunia.



Bilik yang aku duduk tu harga dia RM4k ++. Kalau tak dijemput, memang aku takkan booking. Tapi agak berbaloi bagi mereka yang berduit sebab suasa kat sana sangat tenang dan mendamaikan. Alah membeli menang memakai lah ibaratnya.

BILIK yang aku duduk seorang diri sepanjang lima hari kat GER. Tapi hanya dapat rasa untuk tidur aje sebab jadual padat. Kat sini ada Wifi free.

Kat sana korang boleh snorkeling, jungle tracking, tengok mat saleh mandi kolam sambil pakai bikini (nauzubillah), barbeQ, diving, tapi jangan pergi hari Jumaat sebab nanti korang takde tempat nak solat Jumaat. Nak pergi masjid kena naik bot pergi balik ke tanah besar.

Ada jugak bilik kat GER ni, lantai dia boleh nampak air. Dia buat pakai kaca tebal dan tahan pecah. Mana tahu kot-kot ada tetamu yang bawak anak dan lompat-lompat, pukul-pukul kaca tu sebab geram tengok air dia yang membiru dan ikan meliuk riang di bawahnya.
LANTAI cermin ni hanya terdapat dekat resort paling mahal kat situ. Harga dia jangan tanya. Aku hanya dapat tengok aje.


 Sepanjang lima hari berada di situ, aku terpikir, agaknya beginilah keadaannya kalau di Akhirat kelak. Orang yang ditakdirkan mendapat balasan syurga akan merasai segala kenikmatan yang dijanjikan Allah kepada hambaNya ketika hidup di dunia.

Hanya orang terpilih dapat merasai semua itu dan orang yang ditakdirkan sebaliknya, hanya mampu untuk melihat dan mengutuk diri kerana tidak melakukan taat kepada Tuhan ketika hayatnya.

Maas Salamah wa Ilal Liqa'


Tuesday, September 11, 2012

Now everyone can fly....opsss....comment

Ketika menulis blog ini, aku masih di opis sambil menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF antara Harimau Malaya dengan Vietnam...Kita ketinggalan 2-0 dan aku jangka keputusan itu akan kekal hingga ke wisel penamat.
BOLASEPAK menjadi kegilaan pelbagai golongan kerana selain wang, ia juga kononnya dapat merapatkan hubungan sesama insan. Modal yang digunakan untuk menutup pekung di dada.


 Aku taklah suka sangat tonton bolasepak. Salah satu sebabnya negeri aku, Melaka memang tak pernah nak menang dalam mana-mana kejohanan. Tempat tercorot yes. Sebab tu aku malas nak tengok. Liga EPL pulak, aku sokong Liverpool. Sejak zaman Barnes dan Gobbler. Termasuk Ian Rush.

Sesiapa sahaja layak menjadi pengulas bolasepak. Makcik tukang sapu dan cuci di pejabat pun boleh. Di pejabat aku, pengawal keselamatan merangkap polis bantuan juga tidak ketinggalan menjadi pengulas. Tetapi dia bukan komen sebarangan. Ulasannya penuh ilmu dan dia berpengatahuan mengenai bolasepak terutamanya bolasepak tempatan. Dia peminat setia.

Namun, ulasan yang agak melampau disertai kata makian dan cacian di depan kaca televisyen memang sudah menjadi lumrah. Cakap aje pandai tapi kalau main, hampeh!

Siapa yang mencipta permainan bolasepak? Mengapa ia menjadi sukan nombor satu di dunia. Di Brazil, penduduknya menganggap bolasepak seumpama agama. Wajib main seperti amalan beragama yang dituntut untuk dianuti. Kaedah yang sama digunakan di Argentina dan Amerika Latin khususnya.

Sebab tu, ramai orang Amerika Latin pandai main bola. Ramai sudah bintang-bintang dan lagenda dilahirkan di sana.


Pernah juga diberitakan sejarah, bolasepak terhasil apabila tentera Syi’ah yang dikenali sebagai Syits bin Rab'ie berjaya membunuh cucu Rasullullah SAW, Saidina Hussin di Karbala.

Selepas dapat memenggal kepala ahli keluarga Nabi itu, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. - lihat http://www.gelagatkita.com/asal-usul-permainan-bolasepak/
KARBALA merupakan tempat penganut Syiah bertindak mencederakan diri untuk menyatakan kekesalan kerana gagal menyelamatkan Saidina Hussin yang dibunuh. Ketika mereka bersedih Ahli Sunnah Wal Jamaah pula bergembira kerana Kekasih Allah itu telah dikurniakan Syahid. Allahhu Akhbar!



SALAH satu contoh ritual mencederakan diri yang dilakukan oleh pengikut Syiah di Iran.

Apapun, bersukan itu bagus untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Jika ada yang beranggapan sejarah bolasepak itu sebagai karut atau tidak masuk akal kerana orang puteh juga gila main bola, satu aje jawapan aku:


Kemuliaan para kekasih Allah itu bukan sahaja terjadi atau dizahirkan ketika mereka hidup malah, selepas kewafatan mereka pun kesan itu akan menular di serata dunia. 


Jika kepala Saidina Hussin dijadikan alat untuk menghinanya, maka ketahuinya ia akan berlaku sebaliknya dan lihat kini bagaimana Barat begitu mengagung-agungkan bolasepak. 

Semua itu hasil kesilapan nenek moyang mereka yang pada mulanya ingin menghina Kekasih Allah. Ia berlaku tanpa mereka sedari dan ingatlah, bola bola juga, solat jangan lupa.


Musuh Islam sebenarnya sedaya upaya dan setiap masa cuba melekakan umat Islam dengan hiburan yang pada pandangan kita kini ia baik. Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti menghasut dan memalsukan kenyataan selagi mana Islam tidak menurut kehendak mereka dan selagi salin tidak dipacakkan di bumi Makkah. Itu hakikat  yang perlu kita telan. Terleka bermakna padah menanti.

Sebenarnya, apa yang ingin aku sampaikan kepada kalian ialah mulai saat ini, sesiapa sahaja boleh meninggalkan komen jika berhajat melakukan sedemikian. Bukan berniat apa-apa. Hanya untuk meraikan sesiapa yang suka mengulas tanpa meninggalkan jejak. Ibarat Gerila la kan, dah serang lepas tu menyorok. Kadang-kadang menang, kadang-kadang terkubur.


Maas salamah wa ilal liqa

Monday, September 10, 2012

Permohonan maaf dari kami

Tidak dapat dinafikan, setiap cerita atau kejadian yang berlaku mesti ada kekurangan yang menjadi penanda aras bahawa tiada siapa dapat menandingi ketentuan Allah Yang Maha Sempurna.

Ada ulama mengenal Allah melalui gagalnya cita-cita mereka dan itu menandakan mereka lemah dan tidak mempunyai kekuatan yang dapat menandingi Kudrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Maha Perkasa dan Maha Keras SeksaanNya.

Ceritanya begini:

Aku baru mendapat tahu yang ketika jenazah Ahmad Asraf tiba di Kompleks Yayasan Sofa, Bukit Sembilan, Kota, rakan-rakannya yang setia mengiringi dan menunggu dari awal hingga akhir urusan pengkebumian Ayap menderu mendapatkan van jenazah untuk mengusung keranda untuk dibawa masuk ke dalam dewan utama.

Dalam keranda yang tertulis kalimah suci dan doa untuk di mati itu terdapat jasad Ayap terbujur kaku.

Dalam keghairahan mereka untuk melakukan sedemikian, mereka tiba-tiba berundur dan terasa hati apabila terdapat arahan daripada pihak tertentu yang melarang mereka mengangkat keranda itu kerana pelajar tahfiz akan melakukan tugas itu.

Dari maklumat yang aku dapat, muka rakan-rakan Ayap serta-merta berubah. Dari riak wajah, dapat disimpulkan yang mereka terasa hati dan menyangka mereka dihina secara halus mungkin sebab pakaian, kelakuan dan sebagainya.

Penjelasan aku (harap kalian terima):

Perbuatan pihak tertentu yang menghalang kali dari mengangkat keranda itu dilihat sebagai tindakan refleks yang tidak disengajakan. Perancangan untuk membawa jenazah ke situ telah dibuat sejak malam kejadian dan sudah menjadi tradisi pelajar tahfiz yang akan mengusung mana-mana jenazah yang ingin disemadikan di situ. Bukan sebab orang lain hina dan tidak timbul isu itu.

Apapun, kalian tetap rakan yang bagus sebab sanggup mengambil cuti (atau setengah hari) semata-mata ingin memberikan penghormatan terakhir buat Muhammad Asraf.
KAMI sekeluarga memohon maaf sekiranya ada rakan-rakan yang terasa ketika hadir pada majlis pengkebumian Ayap. Sekiranya arwah mempunyai hutang dan perbuatan yang ingin dituntut, silalah tampil. Pintu rumah kami sentiasa terbuka.


Kami dari pihak keluarga Arwah memohon maaf di atas kejadian itu dan jika dapat diulang tayang, sudah pasti kami mengizinkan kalian berbuat demikian kerana kami tahu, kalian sangat ikhlas. Kalau tidak, mana mungkin kalian sanggup menunggu dari saat jasad Ayap diletakkan di bilik mayat hingga ke liang lahad? (Fuh, ada la nak dekat 20 jam) Subhanallah. Terbaek la korang. Kelebihan Ayap semestinya!

Maklumat itu diperolehi daripada salah seorang ahli keluarga kami yang mendengar dan melihat sendiri kejadian itu kerana ketika insiden berlaku, dia berada di dalam van jenazah tersebut.

Di kesempatan ini juga, aku ingin menyatakan kepada sesiapa yang terasa Arwah mempunyai hutang atau kesalahan yang perlu ditebus, supaya tampil ke rumah kami (korang sudah tahu kan di mana) untuk menuntutnya.

Jiwa seseorang mukmin itu tergantung di antara langit dan bumi jika padanya terdapat hutang yang masih belum dijelaskan sama ada secara bayaran atau dihalalkan oleh si pemiutang.

Yang jelas, kehadiran sahabat-handai Ayap yang dari mana entah kami pun tak tahu telah membuktikan yang arwah seorang yang berjiwa besar dan sentiasa menghubungkan silaturrahim sesama insan. Pujian ini bukan kerana arwah adik ipar aku tetapi atas apa yang aku lihat dan saksikan selaku ahli keluarga Mohamad Nor Mahmud dan Bibah Said sejak 2005.

Orang yang menghubungkan silaturrahim memang besar pahalanya kerana dia membuatkan ummat bersatu dan itu sangat dicemburui oleh Yahudi serta Nasrani dan menghindarkan permusuhan yang sememangnya diimpikan oleh Syaitan Laknattullah.

Maas salamah wa ilal liqa'

Sunday, September 9, 2012

Ilmu tidur berbantalkan gelas

Petuanya pelik. Ilmu yang diperolehi jarang diceritakan. Cuma kepada orang tertentu sahaja pengalaman yang dilaluinya dikongsikan.

Selain mempunyai badan tegap, lelaki yang aku panggil Bang Napi ni juga mahir soal membuat lahad dan menggali lubang kubur. Dia penggali kubur tetap di Bukit Sembilan, Kota iaitu tempat di mana jasad Ahmad Asraf atau Ayap dan 18 lagi insan terpilih disemadikan.

Mereka yang mengetahui, begitu mendambakan untuk dikebumikan di sini kerana berdekatan dengan pelajar tahfiz selain kawasan persekitarannya sentiasa dilazimi zikrullah, bacaan al-Quran dan Maulid Nabi SAW. Senang citer, kawasan Bukit Sembilan tu tempat orang alim lagi solehlah.

Sesiapa yang merasakan dirinya tidak alim atau soleh, kena mintak dikebumikan di situ kerana rahmat Allah banyak diturunkan di situ. Tak pasal-pasal di mati mendapat rahmat walaupun dia sepatutnya dibelasah secukupnya oleh Mukar dan Nakir.

Iklan sikit.
Ramainya orang ziarah masa Ayap dikebumikan di Bukit Sembilan, Kota. Kemuliaan seseorang itu diukur ketika matinya dan bukan hayatnya. Wallahhu a'lam.


Berbalik pada cerita Bang Napi ni tadi, Abah kami, Mohamad Nor Mahmud telah menganggapnya sebagai ahli keluarga kami. Dia bebas keluar masuk hatta membuat air teh sendiri, amek nasi, senduk lauk sendiri. Tiada lagi rasa malu bila sudah mesra.

Hendak dijadikan cerita, pada malam kematian Ayap, dia tidak dapat kami hubungi. Entah kenapa telefon dia asyik masuk voice mail atau gagal dihubungi. Selepas kami selesai mengkhatamkan Quran sebaik pulang dari hospital (sekitar pukul 2 atau 3 pagi) barulah dia muncul. 

Bagaimana dia mendapat berita itu aku kurang periksa kerana ketika itu masing-masing tidak sempat bertanya itu dan ini kerana sibuk mengenai arwah yang masih di hospital dan terkejut dengan kejadian.

Ketika aku hendak pergi ke bilik air (pukul 4 pagi) aku lihat dia tidur di ruang tamu di rumah bawah (rumah kami rumah kampung yang mempunyai rumah bawah dan atas) bersama abah, emak dan beberapa ahli keluarga aku yang lain.

Selepas mengkhada'kan hajat, aku naik atas untuk tidur selepas penat drive dari KL+pergi hospital+mengaji. Baru mata nak terlayang, aku terkejut apabila terdengar suara jeritan dan tangisan yang begitu sayu. Kuatnya boleh didengari sampai luar rumah.

Perkara itu menjadi rahsia sehinggalah urusan pengkebumian Ayap selesai. Ketika itu, aku nampak Bang Napi dan anaknya, Adin, membawa peralatan menggali kubur ke stor dan kebetulan kereta Vios aku pon parking dekat dengan stor tersebut.

Aku menunggu dengan sabar dan selepas dia keluar, dia menuju kepada aku yang memanggilnya. 

"Bang Napi, napa jerit masa tengah tidur malam tadi? "Ade jumpe arwah ke?"

"Aku jumpa dia dan dia cerita macam mana dia eksiden. Roh bertemu roh," dakwa dia. "Masa dia jumpa aku tu, muka dia elok dan pakai putih. Tapi bila roh aku pegi spital, aku terus bukak peti mayat dan aku terus jerit dan sedih sebab dia parah dek eksiden tu," kata dia.

"Pak Itam (abah) sapu muka aku dan baca sikit-sikit. Terus aku sedar dan aku cerita kat dia apa yang aku alami. Aku terkejut tengok jasad dia yang parah tu," kata dia sebelum kami berpisah.

Rupa-rupanya, dia bukan sengaja atau bernasib baik dapat jumpa roh Ayap. Masa dia tidur kat ruang tamu rumah bawah tu, dia tidur beralaskan gelas dan bukan bantal. Tu Petua dan ilmu dia, yang selebihnya, aku tak dapat nak jelaskan. Apa pun, ia atas izin Allah Taala. Kalau tak tahu, jangan buat kat rumah. Serahkan pada yang ahlinya.

Bang Napi yang aku tahu dia kaki pukul orang. Tapi semua yang dia buat tu bersebab dan bukan macam gengster lain yang nak merampas kawasan la, jual dadah lah, bukak rumah pelacur lah dan macam-macam lagi kejahatan yang tak berhati perut.

Nak kenal dia senang aje, dia ade janggut perang. Asal Kedah. Rambut flat top. Dia gengster yang sayangkan Allah dan Nabi Muhammad  SAW. Ade masalah kete kena tarik atau kena pukul tak bersebab, kol dia. Nanti boleh setel. Tapi aku belom pernah cuba lagi gunakan khidmat dia tu sebab aku pun boleh tahan jugak! ha ha ha.

Puas aku cari gambar Bang napi dalam sistem aku...nanti kalau ade aku upload...promise

Maas salamah wa ilal liqa'

Friday, September 7, 2012

'Pengaruh kami bosar'

 Kemuliaan seseorang itu akan diketahui apabila dia mati kelak. Jika ramai yang menziarahi jenazahnya, maka dia mulia. Begitulah sebaliknya.
 Begitu jugalah adik ipar aku, Ahmad Asraf Mohamad Nor, 20, yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal antara Maghrib dan Isya' pada tanggal 3 September 2012 lalu di Jalan Pulau Mampat, Rembau.
WAJAH Ayap dengan seragam sekolah.

pengakhiran hidupnya sangatlah baik (khusnul khatimah).
 Bermula apabila jenazah Ayap dibawa ke Hospital Tampin, rakan-rakannya yang entah mana hala muncul seorang demi seorang, kumpulan demi kumpulan sampaikan kami sekeluarga tidak kenal mereka. Pelik. Tak sangka arwah mempunyai kawan seramai itu. (Secara rambang, mereka yang berkumpul di hospital malam tu mencecah ratusan orang)...itu belum campur penduduk kampung.
 Turut berada di hospital termasuk Bang Ngah Ainol, anak, isteri dan rakan setugas, Farabi bersama jurufoto Kosmo! Razak Aid. (Terima kasih saudaraku). Salbiah, Kak Siti, Nisah, Asrul, Harith, Habib juga ada di situ.
 Sebaik aku tiba dengan membawa emak, isteri dan Induk Aton, kelihatan Ustaz Hasan, Azwan (abang ipar arwah) bergegas untuk memanggil pengawal bilik mayat untuk membuka pintu bagi membolehkan kami, Abang Pozi, Kak Nim, Bang Ngah, Kak Ngah dan beberapa lagi ahli keluarga yang masih belum melihat keadaan arwah dapat berbuat demikian.
 Hati berdebar sebaik lelaki berbaju T merah dan berseluar panjang warna krim itu menguak pintu papan bilik mayat. Sebaik melangkah, dia terus membuka peti yang menempatkan jenazah arwah sebelum plastik hitam yang sering digunakan polis untuk membungkus mayat dibuka di bahagian kepala.
 Walaupun aku biasa melihat keadaan itu, (kerana kerjaya aku sebagai wartawan jenayah) tetapi debaran pada malam begitu berlainan sekali kerana ia melibatkan ahli keluarga yang aku kenal dan agak mesra juga dengannya.
 Aku biarkan mereka melangkah dahulu dan selang beberapa saat kemudian, perkara yang aku jangka berlaku jua. Raungan, tangisan pilu, ratapan yang bagaikan tidak percaya sekujur tubuh Ayap berada di dalam peti itu menyelubungi bilik mayat.
 Kakiku melangkah longlai ke arah mereka, sebaik sampai, aku mengerti mengapa mereka berteriak kerana wajah mangsa kemalangan ngeri selalunya akan lain dari yang asalnya. Ya Allah peliharalah kami!

KERATAN akhbar Harian Metro yang melaporkan mengenai kemalangan melibatkan arwah Ayap pada 3 September 2012.

 Tanpa membuang masa, kami terus membaca Yasin sebelum Ustaz Hasan mengetuai kami bertahlil di bilik mayat. Diulangi, bertahlil di bilik mayat. Belum pernah dibuat orang. Sepanjang karier aku yang pergi membuat liputan di bilik-bilik mayat hospital di Lembah Klang selama lima tahun, belum pernah orang membuat tahlil di bilik mayat. Baca Yasin ada. Kemuliaan awal buat arwah.Tapi mungkin ada juga cuma aku yang tak terserempak.
 Selesai bertahlil, kami berangkat pulang dan tidak habis di situ, kami seramai 14 orang (6 anak perempuan bersama suami masing-masing, seorang anak dara, dan seorang anak buah) sedaya upaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran di rumah, Kampung Pulau Besar, Rembau. Pembacaan bermula sekitar pukul 2 pagi.
 Alhamdulillah,dengan izin Allah, kami dapat mengkhatamkan seluruh al-Quran sebelum subuh. Majlis pengkhatamannya dilakukan beberapa minit menjelang azan sebelum kami solat secara berjemaah dan terus bersiap untuk ke hospital bagi urusan bedah siasat. (kemuliaan kedua).
 Aku pergi lambat sedikit dari orang lain kerana anak bongsu kami, Muhammad Munawwir perlu diuruskan terlebih dahulu. Akhirnya, kami membawanya bersama ke hospital. Dia pula tidak banyak kerenah sepanjang empat jam berada di sana. Baiknya anak Abi! Sofiyyah dan Muhammad Alawi ditinggalkan di rumah kerana mereka masih belum bangun.
 Selepas puas menunggu, akhirnya bedah siasat dilakukan sekitar pukul 9 pagi selepas YB Saiful dan Bang Ngah Ainol campur tangan untuk mempercepatkan urusan.
 Sebelum itu, pengawai penyiasat, SI Othman dari IPD Rembau tiba tepat pukul 8 pagi untuk menyerahkan borang bedah siasat dan kesempatan itu aku gunakan untuk menanyakan mengenai punca sebenar kejadian.
  Sebaliknya, dia pula bertanya kepada aku apa yang kami dengar. Selepas mendengar, dia mengiyakan punca kemalangan itu walaupun polis masih belum tahu punca sebenarnya kerana tiada saksi di tempat kejadian.
MUNGKIN ini teman wanita Ayap. Apa pun, harap adik bersabar ye. Pertemuan di alam akhirat lebih manis dan kekal.

 Dia kemudian memaklumkan kedua-dua motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu tidak dilindungi insurans dan tuntutan sivil tidak dapat dilakukan. Ah, sayang! Kes tetap ada tetapi terpaksa mati di situ kerana tiada pihak yang boleh membuat tuntutan.
 SI Othman kemudian meminta diri kerana mempunyai kes mahkamah dan memaklumkan yang Sarjan Aziz akan tiba untuk menguruskan hal bedah siasat.
 Dipendekkan cerita, bedah siasat, mandi jenazah dan kafan selesai kira-kira pukul 11 pagi dan nak dijadikan cerita, khidmat van jenazah yang digunakan tidak meminta sebarang bayaran atas alasan sedekah mereka kepada Ayap (kemuliaan ketiga).
 Sebaik van jenazah bergerak meninggalkan rumah mayat Hospital Tampin, rakan-rakan Ayap yang setia menanti mengekori kenderaan itu beramai-ramai hingga ke rumah. Tiba di rumah, kami terkejut kerana laman dipenuhi orang ramai dari yang muda hingga yang tua. Entah sapa-sapa entah dan dari mana datangnya mereka itu langsung tidak diketahui. Melaut orang yang datang untuk memberikan perhormatan terakhir kepada Arwah (kemuliaan lagi).
 Inilah yang pernah dikatakan oleh arwah kepada rakan-rakannya ketika pihak sebelah yang bermain bolasepak padang mempersoalkan mengapa pemain di belah Ayap lebih ramai dari mereka (tidak ingat bila dikatakan sama ada beberapa hari atau sehari sebelum kejadian). "Pengaruh Kami Bosar!" Kata Ayap berseloroh. Rupanya kata-katanya itu memang betul terjadi! (kemuliaan yang entah ke berapa entah).
 Rakan-rakannya kemudian berpusu-pusu naik ke atas rumah untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir sehingga terpaksa menggunakan kaedah terus turun selepas tengok kerana lantai rumah diperbuat daripada papan dan ruang yang agak terhad. Orang di luar kemudian menceritakan, mereka nampak bagaimana lantai itu sudah melendut dan hampir-hampir roboh. Nasib tak runtuh!
 Selepas selesai, Ustaz Hasan mengimamkan solat jenazah sebelum selesai lima minit kemudian. Jenazah kemudian diusung keluar untuk dibawa pula ke Kompleks Yayasan Sofa di Bukit Sembilan, Kota (kira-kira 10 kilometer perjalanan) untuk disembahyangkan sekali lagi dan dikebumikan.
 Sebaik tiba, seramai lebih 100 pelajar tahfiz telah selesai mengkhatamkan entah berapa kali al-Quran (kemuliaan Ayap lagi) dan Ayahanda yang kami sayangi, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki kemudian mengimamkan solat jenazah buat kali kedua. Panjang jugak doa Sheikh untuk arwah ketika membacakan di akhir upacara.
 Van jenazah yang seti menunggu di luar madrasah kemudian bergerak ke tanah perkuburan (500 meter) sambil diiringi ahli keluarga dan sahabat handai. Bukit yang menempatkan kuburan dipenuhi orang dan aku dapat andaikan ia seakan orang berwukuf di Arafah pada musim Haji. (Kemuliaan kau lagi Yap).
PELAJAR tahfiz mengambil tempat untuk membaca al-Quran sebaik talkin selesai dilakukan. Kelihatan ahli keluarga sedang siap berkemas untuk turun pulang ke rumah. Kubur yang sebelah Khadijah (jubah hitam) merupakan kubur arwah abang Ayap, Bang Ali Imran. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu kereta sekitar lima tahun lalu.

PELAJAR tahfiz Sekolah Tinggi Islam As-Sofa mula membaca Quran sebaik urusan tahlil selesai kira-kira pukul 1.40 petang.

Berjumpa lagi di entri lain. Maas Salamah wa Ilalliqa' (cerita di sebalik mimpi ayahanda janggut perang, Bang Napi gengster beriman).











Thursday, September 6, 2012

al-Fatihah buat saudaraku, Ahmad Asraf Mohamad Nor

Banyak cerita di sebalik kematian adik iparku, Ahmad Asraf Mohamad Nor, 20, yang pergi mengadap Ilahi antara Maghrib dan Isyak pada 3 September 2012 bersamaan 16 Syawal 1433 H lalu. Dia merupakan anak bongsu daripada 14 beradik.


AHMAD ASRAF MOHAMAD NOR 18/9/92-3/9/12


 Mata kanan kakaknya yang juga isteriku, Khadijah, 29, bergerak-gerak sejak Ramadan dan dia nampak risau apabila kerap bertanyakan kepadaku mengenai benda yang bakal dilihatnya. Aku pula yang ingin menenangkan hatinya hanya berkata "alah, takde pape lah tu..mata abang pun bergerak-gerak jugak ni."

Seorang lagi kakaknya, Siti Annisah, memberinya wang RM50 selepas arwah ingin meminjam RM40 daripadanya buat belanja...apabila diberi wang itu, dia enggan mengambilnya kerana dia hanya perlukan RM40 dan RM50 baginya sudah terlebih.. 
Dik yap: "Kak nisah nk pinjam duit 40..nnti den ganti."
Akak bg 50, ko ckp den nk 40 jo..
K.Nisah: x per akak bg..
Dik yap: Timo kasih yo k.nisah..
kata Arwah sambil mengambil wang tersebut dan berlalu dengan senyuman meleret...Yang pasti, tiada siapa dapat memberikan senyuman semanis DikYap dan ia tiada galang gantinya. kata orang putih, senyuman Ayap One Kind!


Arwah juga hanya mengambil lebih 10 batang kayu yang dia bercadang untuk dipacakkan bagi memasang pelita pada malam 27 likur. Pelita pun sudah dibeli oleh kakaknya tetapi entah kenapa Arwah tiba-tiba tak jadi berbuat demikian. Yang nampak hanya batang kayu tersebut dibiarkan berlambak atas tanah dekat laman.

Tetapi, yang paling nyata apabila arwah sendiri bagaikan sudah tahu yang ajalnya makin hampir. Daun yang mewakilinya di alam ghaib juga hampir layu dan sudah gugur tatkala dia menunggang motosikal abangnya, Mohamad Rijal jenis Yamaha 125Z antara pukul 8 hingga 9 malam hari kejadian.

Beberapa minit sebelum kejadian, Arwah yang baru selesai bermain futsal dengan rakan-rakannya (rakan-rakannya ramai hingga ada yang berusia lebih 40 tahun) telah mengemaskini status Facebooknya dengan mengatakan "Tiada cintaku selain cintaku pada Ilahi...Siang dan malam..selamat malam semua...muah 39" selain itu, status di BBMnya pula berbunyi "telinga terasa berdesing."


AYAP (kiri depan) bersama rakan sepasukannya. Ayap menjadi ayam tambahan pasukannya kerana skil peribadi yang dimiliki dan sering membantu pasukannya muncul juara. Syabas!

Sebaik makan dan minum bersama rakan-rakan, arwah terus menghidupkan enjin motosikal untuk pulang ke rumah kerana rakan-rakannya ingin datang beraya. Takdir Tuhan siapa yang tahu dan sebaik tiba di satu kawasan gelap di Jalan Batu Hampar Pulau Mampat (dekat Mampong),  arwah dikatakan telah masuk ke laluan bertentangan ketika hendak mengelak bangkai binatang dan ketika itulah, seorang anggota tentera berusia 32 tahun yang menaiki motosikal Yamaha RXZ tiba lalu berlakulah pertembungan antara keduanya.

ORANG kampung bagaikan tidak percaya yang Ayap meninggal dunia dalam kemalangan itu. Ayap dikenali sebagai remaja periang yang baik dan tidak busuk hati. Semua peringkat umur suka berkawan dengannya.


Sebaik rempuhan berlaku, Arwah ditemui dalam keadaan tertiarap dengan darah pekat dari kepala membasahi jalan. Tengkuk arwah patah. Tulang wajah arwah beralih. Mungkin terhantuk pada topi keledar atau tangki minyak RXZ tu. Darah dari kepalanya tak berhenti mengalir walaupun sudah dimasukkan ke dalam peti bilik mayat Hospital Tampin. Tulang tangan kirinya patah. Calar-balar di muka kelihatan.

Mangsa yang sorang lagi tu, disahkan meninggal dunia dua hari kemudian. Dengar cerita pinggangnya patah. Paru-parunya cedera selepas ditikam tulang rusuk yang patah. Salah satu jarinya dikatakan putus. Dia baru menimang cahaya mata.

KELIHATAN Kak Siti, Salbiah, Emak, Azwan, Angah dan beberapa ahli keluarga lain yang tidak dapat mengawal emosi apabila melihat Ayap terbaring kaku di atas jalan dengan darah membuak di kepala.


Sehingga blog ini ditulis, punca kejadian kemalangan itu kekal misteri dan pelbagi teori dibuat. Ada juga rakan arwah memberitahu, ketika ditemui, motosikal yang ditunggang arwah tegak dengan siap bertongkat di tengah jalan. Agak pelik. Dua-dua motosikal itu hancur dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di Chembong.

Zakuan rakan Ayap yang merupakan orang pertama tiba di tempat kejadian terus turun dari motosikalnya sebaik ternampak kemalangan itu. Dia kemudian hampir pitam apabila mendapati yang terbaring itu merupakan Ayap iaitu seorang pemain futsal pasukan Chembong Goalerz yang diterajui oleh YB Saiful. Ayap merupakan anak emas YB. Dia kerap memberi Ayap wang belanja. Terima kasih YB.

Zakuan atau Mok kemudian menghubungi rumah lalu panggilan itu disambut oleh Kawok atau Khamsiah yang memang berada di rumah kerana masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Ahmad Mustofa kira-kira dua bulan lalu.

"Ayap tak sedar kak oi. Dia eksiden kek Mampong," kata Zakuan dan tanpa memikirkan hal kematian, kakaknya, Siti Salbiah bersama ibu saudara, Induk Aton yang duduk sebelah rumah kemudian pergi ke tempat kejadian sebelum kedua-duanya meraung sebaik melihat sekujur tubuh Ayap kaku di atas jalan. Dia memakai baju T dan seluar pendek ketika itu.

Ketika itu, berita mengenai kehilangan Ayap cepat tersebar bagaikan cepatnya panah meninggalkan busurnya. Zakuan terpaksa pergi ke rumah rakan-rakan sekampung kerana tidak mahu digelar 'induk' (penipu) oleh rakan-rakan jika dimaklumkan menerusi telefon.

Mereka sering induk-menginduk sesama sendiri dan ia dilihat sebagai trend baharu remaja masa kini untuk bergurau-senda sesama sendiri tetapi kadang-kadang agak menyusahkan juga jika melibatkan berita yang benar.

Ketika itu, kakak dan abang Arwah dimaklumkan seorang demi seorang dan aku dapat merasakan yang masing-masing bagaikan gila dan hampir-hampir tidak dapat menerima kejutan itu.

Aku yang masih di opis ketika itu sedang mengedit berita kemalangan di Kangar melibatkan kematian seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal bersama anaknya sebelum dia dirempuh sebuah kereta Honda Civic dipandu remaja lelaki berusia 15 tahun. Anak mangsa parah. Kereta itu milik ibunya. Kedua-dua beranak itu kemudian ditahan dan disaman.

Belum sempat aku menghabiskan editing, telefon cap ayam, nokia c3 aku berdering dan nama Bg Pozi 016 terpapar di skrin. Dalam hati aku kenapa agaknya ni sebab dia jarang menghubungi aku walaupun rumah kami bersebalahan.

Dalam waktu yang sangat singkat itu, aku hanya memikirkan perihal tiga anakku yang dijaga isterinya yang juga kakak iparku, Siti Hanim. Bagaimanapun, telahan aku silap dan dia terus memberitahuku dengan nada tenang, "Zi, Ayap dah takde, excident kat mampong," itu aje..."Hah"? Aku bagaikan tak percaya dengan berita itu dan terus ke tempat Khadijah untuk memaklumkan kepadanya pula.

Sebelum itu, Khadijah memintaku menghantarnya ke tempat letak kereta yang terletak kira-kira 150 meter dari opis kerana keretanya berdekatan opis. Dia ingat aku nak datang ajak dia ke tempat letak kereta tu.

"Sayang, Ayap dah meninggal, eksiden..." Hah? Ya Allah...die terus terduduk dan air matanya mengalir deras tanpa dipaksa dan ditahan lagi. Puas jugak lah aku dan beberapa rakan opis menenangkannya.

KERATAN akhbar Utusan yang melaporkan mengenai kemalangan yang meragut nyawa Ayap. Tapi nama aku dan pangkat dieja salahlah pulak..' Tiada cintaku selain pada Ilahi' macam nak tahu aje ajal dia dah sampai. Khusnul Khatimah kau Yap.


Ketika itu, maklumat mengenai kemalangan terlalu terhad kerana semua masih tidak tahu bagaimana ia berlaku dan telefon bimbit masing-masing sibuk. Kalau dapat hubungi pun, masing-masing sedang meraung dan tidak dapat memberikan apa-apa info. Aku terkedu.

Dengan pantas, aku hubungi rakan Kosmo! di Seremban, Rais Yeop Johari meminta bantuannya menghubungi polis Rembau bagi mengetahui punca kejadian. Dia pun gagal! Nasib ada Bang Ngah Ainol yang sedaya upaya memberikanku maklumat dan ternyata ia membantu walaupun tidak lengkap.

Last-last, aku sendiri yang pergi amek kereta dan kami pulang ke rumah di Pandan Indah untuk berlepas ke kampung bagi mengetahui cerita lanjut.! Mata Khadijah tidak berkelip lagi.

Jumpa di entri lain. Perkara-perkara mengajaibkan pada, ketika dan selepas kematian Ayap. al-Fatihah buat saudaraku, Ahmad Asraf. Maas Salamah wa Ilalliqa'