inilah sofiyyah |
Satu hari tu aku bertanya kepada anak perempuanku yang berusia 4 tahun, "Abi sayang Sofiyyah ke Sofiyyah sayang Abi?" lantas dia jawab, "Sofiyyah sayang Abi Umi."
hah amek kau, dua-dua die sebut. memang bertuah budak tu.
Jawapan kanak-kanak kadang-kadang kelakar, kekadang membuatkan kita berfikir dan kekadang tu membuatkan kita tersenyum lantas memeluk mereka.
sama seperti aku, sebaik jawapan dilontarkan daripada mulutnya yang comel itu, aku terus tersenyum kerana pada usia itu dia sudah pandai mengambil hati orang tuanya.
sofiyyah diambil sempena nama salah seorang isteri Nabi SAW. Nama itu diberi oleh seorang ulama berkaliber dan berjiwa besar, Datuk Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin ar-Rembauwi.
gembiranya hati apabila dikurniakan anak perempuan hanya Allah yang tahu. Aku bersyukur atas nikmat itu.
Namun, seseorang itu tidak dikira sudah beriman sepenuhnya jika tidak diuji. Dalam kegembiraan aku menerima kehadiran cahaya mata, aku dikejutkan dengan sofiyyah yang dilahirkan tidak cukup bulan itu dengan penyakitnya, semput dan sawan.
meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-4 bersama umi, khadijah di rumah mak teh dia. |
ah, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan aku. sebelum berkahwin, aku tidak pernah berdepan dengan penyakit tersebut. mungkin dosa yang aku lakukan, maka Allah uji aku dengan penyakit yang ditimpakan ke atas sofiyyah.
sofiyyah tidak boleh demam, selsema atau tonsilnya bengkak. jika ada sindrom itu, aku akan segera membawa berjumpa doktor untuk meminta ubat. amek gas (Nibulizer) sudah menjadi perkara biasa.
pernah satu ketika, aku dan isteri pergi ke satu majlis di masjid taman tar ampang jaya dan pada waktu itu jugalah aku menerima panggilan yang sofiyyah telah diserang sawan tarik yang menyebabkan mukanya bertukar kebiruan dan mulutnya berbuih.ketika itu dia demam.
ketika itu, sofiyyah berada di rumah dijaga oleh pembantu rumah warga indonesia. dia kini telah melarikan diri mengikut kekasihnya dan mungkin sudah terlepas pulang di bawah program 6P. ciss.
sebaik aku sampai rumah, sofiyyah telah dibawa ke hospital ampang oleh ambulans. aku menjenguknya dan dia sudah pulih tetapi lemah dan tidak bermaya. sebiji ubat punggung dimasukkan tetapi budak....memang tak nak la kan. masa tu umur dia dalam dua atau tiga tahun.
lepas tu, kene pergi chek-up kat hospital setiap 3 bulan...temu janji memang sesuatu yang memenantkan. bukan apa, kalau da lame sangat jadi lupa. hospital kerajaan, kalau dah miss temu janji kena pergi klinik kesihatan desa pastu baru leh buat temu janji baru. ah! stress.
beberapa bulan lepas tu, sofiyyah kena lagi. kali ni masa dia dan umi dia pergi rumah salah sorang makcik dia di Seremban. bergegas la pakcik diorang tu bawak pergi klinik. macam selalu, muka biru dan mata pandang atas. mulut berbuih.
tapi lepas dirawat dia ok. masa tu kami rancang untuk mandi-manda di jeram toi. besoknya pergi jugak ke situ tapi balik awal sebab sofiyyah dah lain macam sebab demam. terus balik KL lepas tu.
baru-baru ni, ketika berada di kampung rembau (rumah mentua aku) sofiyyah diserang lagi. macam sawan tapi doktor cakap bukan. entahlah. tapi suhu badan dia 38 darjah celsius. satu suhu yang amat panas bagi budak. orang tua pon kalu 40 darjah celsius boleh pengsan inikan budak.
tapi dalam semua kejadian tu, aku tiada di sisinya untuk melihat kejadian tersebut. aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di situ dan melihat bagaimana keadaannya ketika itu. mungkin panik yang melampau sebab aku terlalu sayangkan dia. walaupun dia agak nakal.
aku hanya mampu berdoa dan membawanya berubat. hanya itu yang mampu aku lakukan. kasih seorang bapa kepada anaknya memang ajaib. benda yang aku tak pernah terfikir satu masa dahulu.
Nanti kita sambung mengenai perasaan cemas aku mengenai sofiyyah dan abangnya, muhammad alawi yang 'hilang' disangka diculik ketika bermain di depan rumah. Allahhu Akhbar!
maas salamah wa ilal liqa'
No comments:
Post a Comment