BUKAN mahu mendabik dada tetapi sekadar berkongsi nikmat Allah kepadaku. Aku sedar yang aku langsung tidak layak untuk menerima apa-apa hal memandangkan diriku yang hina kerana lebih membesarkan makhluk daripada Allah.
takut-takut kerana keberadaanku di dunia ini menyebabkan berlakunya maksiat dan lebih malang apabila kehadiran aku ke alam fana telah mengakibatkan doa sekalian orang mukmin ditolak oleh Allah SWT.
Namun, pada masa yang sama, aku berharap agar Allah menjadikan aku orang yang mengasihi para kekasihnya kerana Nabi SAW pernah bersabda "Sesungguhnya seseorang itu bersama orang yang dicintainya di Hari Akhirat kelak" (lebih kurang maksud hadis).
dalam beragama, aku dididik supaya memahami makam takut dan harap. kedua-dua makam tersebut amat penting dalam perjalanan menuju kepada Allah.
kebanyakkan kita tidak menyedari hal tersebut kerana seketul daging yang dinamakan hati telah diselaputi kekaratan yang menjadi hijab sekali gus sukar dikikis melainkan dengan zikrullah.
sekali maksiat yang dilakukan menjadi satu titik hitam di hati. sudah berapa banyak maksiat yang aku lakukan sepanjang hidup? aku pasti hati aku sekarang lebih hitam dari kuali rumah aku. Astaghfirullah! Moga aku tergolong dari kalangan orang-orang yang diampunkan dosanya oleh Allah.
jadi, bagaimana kita hendak menggapai kasih Allah sedangkan kita melakukan maksiat atau dosa terhadapNya setiap masa dalam keadaan kita sedar atau tidak.
kalau dosa yang terang-terangan senanglah kita nak kenal pasti tetapi ramai (antaranya aku) yang tak sedar kita telah mensyirikkan Allah tanpa kita menyedarinya. itu yang bahaya dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
sebagai contoh, memegang tangan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim telah terang-terang dicatat sebagai satu dosa. kurang ajar dengan orang tua juga dosa. meninggalkan solat tanpa keuzuran yang diizinkan syarak juga berdosa. makan tengah hari pada bulan ramadan (bagi yang tidak uzur) dikira dosa.
itu contoh perbuatan buruk yang jelas dosanya sekali gus menyebabkan malaikat pencatit amal tidak teragak-agak melakar satu dosa pada buku catatan amalan.
adapun, perbuatan tersembunyi yang diklasifikasikan sebagai perbuatan mensyirikkan Allah inilah yang menjadi penyebab utama hati kita dibutakan atau dihijab oleh Allah.
sebagai contoh,ketika sedang memandu kereta, kita ternampak seorang lelaki tua melintas jalan pada waktu maghrib. Paling tidak kita akan cakap "apa le yang dibuat oleh orang tua tu maghrib-maghrib ni. kan lebih elok kau duduk rumah atau pergi ke masjid untuk solat berjemaah."
contoh lain, sedang kita asyik bersiar-siar dengan keluarga, kita ternampak banglo di atas bukit. paling tidak kita akan bercakap dengan pasangan "Mak ai, rumah sape le tu. dah la besar, cantik lak tu."
dalam
ilmu tasauf, ini sudah dikira sebagai dosa kerana bertanyakan hal yang
tiada kaitan dengan diri kita. natijah daripada perbuatan itu, kita
telah meletakkan sesuatu ke dalam hati walhal hati merupakan tempat Allah meletakkan ilmuNya kepada setiap hamba.
bukan
tidak boleh tetapi pergaulan kita dengan masyarakat seharusnya di
permukaan sahaja dan tidak sampai kita mementingkan makhluk atau harta
hingga lalai hati untuk mengingati Allah.
jika tersedar yang ucapan kita tadi telah memesongkan hati selain dari mengingati Allah, cepat-cepatlah kita beristighfar memohon keampunan daripada Allah.
Memang susah untuk menjauhinya kerana sejak kecil kita telah dibesarkan dengan suasana sekeliling yang sibuk mengambil tahu hal orang.
lagi satu, kita tidak didedahkan mengenai ilmu tasauf yang merupakan salah satu cabang daripada ilmu-ilmu Islam. Ia paling ditakuti oleh orientalis kerana bisa membuatkan umat Islam menjadi kuat dan tidak tergugat.
lain-lain contoh, keluarga kita ditakdirkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika hendak mengelak lembu. pastu pasti kita akan cakap "kalau bukan kerana lembu tu, perkara ni takkan jadi"
contoh lagi, mendakwa atau bangga segala kerja yang kita lakukan dengan menggunakan kudrat sebagai hasil usaha kita tanpa bantuan daripada al-Khaliq. contoh, "kalau bukan aku yang bagi cadangan, takkan untung la syarikat kita. dapat jugak kita bonus!" atau "kalau kau nak tahu, kalau aku takde kat sini, dah lame dah banjir. sebab aku walilah segala bala tertahan!"
merasa diri sudah sempurna kerana pujian orang. contoh, "terima kasihlah ustaz, kalau ustaz takde tadi, memang majlis ni tak berseri. pandai ustaz ambil hati orang dengan selitkan lawak ketika berceramah. saya kagumlah dengan ustaz yang tinggi ilmunya ini,"
si ustaz yang termakan dengan pujian akan segera menjawab "oh, itu baru sedikit, ada banyak lagi saya nak cakap tapi masa takde pulak" atau tersengih bangga.
jawapan kepada persoalan dan kemusykilan di atas boleh diatasi jika seseorang itu mengqasadkan di dalam hatinya yang dia hanya dinisbahkan kepada usaha dalam melakukan sesuatu. usaha itu pun datangnya dari Allah jua. kita tidak memiliki apa-apa. hatta tangan dan kaki yang melekat pada tubuh kita pun milik Allah. jadi tergamakkah kita melakukan maksiat atau mensyirikkan Allah sedangkan semua yang dimiliki hanya pinjaman?
bersifatlah kita dengan sifat hamba. kerana hamba itu dikenali sebagai golongan yang tidak memiliki tetapi hanya menurut perintah tuannya.
untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan, pembaca haruslah berjinak-jinak dengan ilmu tasauf kerana hanya dengan mengenal diri dan Allah, maka kita akan selamat.
nasihat: carilah pembimbing yang mampu membawa kita ke jalan mengenal Allah. jalan ada banyak sebanyak keluar masukkan nafas yang kita sedut tetapi qasadnya tetap satu iaitu mengenal Allah.
pembimbing atau guru mursyid tidak akan datang bergolek tetapi harus dicari sambil diiringi doa yang berpanjangan kepada Allah.
sekiranya telah jumpa, maka peganglah tangannya (bersama) dengan erat kerana jika kita menolak seseorang shiekh yang telah ditakdirkan untuk kita bertemu, maka Allah tidak akan mempertemukan lagi dengan orang yang sedemikian rupa.
belajar dengan ustaz di masjid-masjid juga boleh tetapi mereka sekadar memberi ceramah mengenai itu dan ini tetapi tidak mentarbiah serta mendidik kita mengenal jalan menuju kepada Allah dan menggapai kasih Nabi yang merupakan wasilah kita dengan Tuhan.
maas salamah wa ilal liqa
No comments:
Post a Comment