masuk sekolah menengah, novel ahadiat akashah menjadi pilihan. sepasang jeans biru, budak setan dan macam-macam lagi menarik minat.
buku ni kene kebas ngan cikgu disiplin..sampai dia mati buku tu tak dipulangkan. buku ni aku pinjam kawan lak tu |
pernah sekali, aku bawak novel tu kat sekolah. nak jadikan cerita ada pulak spot cek. abis buku tu kena rampas. sampai cikgu tu dah mati buku tu ntah kat mana dah. dia simpan ke atau bawak balik rumah suruh anak dia baca wallahua'lam. sebab buku tu kena rampas akupun tak pasti.
agaknya die ingat novel cinta langsung tak boleh nak tolak-ansur. kan baca novel tu bagus sebab leh rangsang gaya penulisan esei pelajar kan.
bila dah besau dan berkeluarga, aku mula berjinak-jinak dengan novel nukilan faisal tehrani. layan gak novel dia macam keris laksamana bentan, detektif indigo, pengembaraan si peniup ney, 1515 dan banyak lagi.
tak lupa jugak karya penulis novel thriller, ramlee awang mursyid. novel mengisahkan keperkasaan laksamana sunan, hijab sang pencipta memang kelas. kalau ada sesapa yang belum baca, saya nasihatkan bacala segera. memang thrill dan macam kita pulak yang macam laksamana sunan tu.
ada lagi novel dia, macam cinta sang ratu, bagikan puteri..tu sume mcam novel trilogi la...kena baca ikut turutan kalau tidak tak paham. kalu google kat internet tu memang nampaklah tajuk novel tu.
ni antara buku ramlee awang mursyid |
PERHATIAN! saya bukan rakan ramlee atau ejen dia. ni promote sebab novel tu bagus. takde kene mengena dengan dia.
Buku terbitan Utusan Karya, 15 Mei: sebelum dan selepas hasil perahan otak allahyarham Tunku Abdul rahman, PM kita yang pertama. Buat budak yang nak tahu sejarah yang ditulis tanpa prejudis, saya nasihatkan baca buku itu.
bagus buku ni. tapi agak slow sikit nak baca sebab dia pakai para 1.5. tulisan kenit. tapi enjoy dan tahu siapa sebenarnya Tun Mahathir Mohamed |
tapi, banyak-banyak buku, buku agama jugak yang menjadi pendamai jiwa. tapi, buku yang macam mana ek? adakah buku-buku yang ada kat toko buku agama kat pekan atau bandar-bandar tu dah memadai dan kene dengan kemuyskilan kita?
Bukan boleh baca aje. kena cari guru pembimbing. last-last, kita akan dapati, buku mengenai tasauf jugak yang kita pakai sampai kita mati. ilmu lain hanya sekadar di pinggiran aja. itu apa yang aku rasa la. tapi itu semua kehendak Allah. Kalau dapat rasa macam tu cepat-cepat ucapkan syukur.
Buat yang mempunyai penyakit hati, hati hitam ke, hati busuk ke, hati penuh dengan hasad ke, hati pendendam ke, bagus baca buku mengenai Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Yayasan Sofa!
antara buku keistimewaan Nabi yang dikeluarkan oleh Yayasan Sofa. |
No comments:
Post a Comment