Muhammad Alawi (belakang dua dari kanan) bersama ustazah dan rakan-rakan kelas 5 tahun al-Latif |
assalamualaikum ibu ayah.
kami pergi sekolah,
kami belajar quran
kami belajar sunnah
assalamualaikan ustaz ustazah
bimbingkanlah kami
ajar kami quran
ajar kami sunnah
kami takut Allah
kami sayang Nabi
.................
(ada lagi tapi dah lupe lah)
itu sebahagian bait-bait nasyid yang anak sulung aku, muhammad alawi bersama rakan-rakan kelasnya sampaikan pada majlis penyampaian hadiah yang menandakan sesi persekolahan untuk tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. yahoo!
sekejap saja masa berlalu.rasanya, baru semalam aku daftarkan alawi belajar di Pasti al-Huda, Pandan Indah, Ampang. tup, tup, dia dah abis belajar untuk budak berusia lima tahun. tahun depan sambung lagi sebelum masuk pulak sekolah kebangsaan.
majlis tu sederhana baik dari segi pengisian mahupun meriahnya. tiada apa yang menarik kerana ia dibuat di deretan rumah teres dan pengerusi majlisnya hanya biasa-biasa sahaja.
nasib baik persembahan dari anak-anak Pasti bisa menyejukkan hati. makanan pagi disediakan. mihun goreng dan teh tarik. boleh la makan. syukur Alhamdulillah.
sepanjang belajar di situ, aku dapat lihat perkembangan alawi. dari seorang anak yang tidak tahu membaca, dia sudah mengenal huruf rumi dan jawi serta boleh menjawab periksa dengan baik. aku bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang cerdas dan sentiasa lincah dalam pelbagai hal.
alawi juga sudah dapat menghafal beberapa surah lazim yang sering dibacakan orang di dalam solat termasuk al-Fatihah. hadis Nabi juga dia hafal. Ayat seribu dinar yang aku sendiri gagap pun dia dapat baca dengan laju dan lancar.
mengikut buku rekod yang ustazah dia bagi, alawi seorang yang boleh maju jika berusaha. peningkatan dari peperiksaan pertengahan tahun hingga akhir tahun menampakkan perbezaan ketara dari segi markah matapelajaran.
belakon mengganggam segulung ijazah. Semoga tercapai cita-cita anakku |
antara matapelajaran yang dipelajari bahasa melayu, inggeris, matematik, sains, komputer, peribadi muslim, bahasa arab, teknik pembacaan laju, Cahayaku, jawi, quran dan hadis.
walaupun kedua-dua ujian itu dia dapat nombor 5, tapi, secara keseluruhan aku tengok dia meningkat sebab budak lain juga begitu. Mungkin sebab tu dia dapat nombor 5 jugak.
masa nak peksa, alawi langsung tak belajar sebab aku bawak dia ke hulu ke hilir menghadiri majlis ilmu. pergi surau untuk mendapatkan rahmat Allah. Allah bantu kami dan Dia Maha Mendengar segala permohonan hambaNya.
bukan nombor yang aku harapkan tetapi keberkesanan ke atas alawi yang didamdakan. selagi dia boleh membaca, kenal huruf dan tahu mengaji itu merupakan sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.
sekolah siap bagi gambar pasport |
moga alawi menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang pada jalan Allah satu hari nanti. itu doa aku selaku abi dia. masa aku kecik2, aku sekolah tadika aje yang yuran dia hanya RM20 sebulan dan banyak main dari belajar. alawi bernasib baik kerana dapat bersekolah di situ. teruskan usaha anak abi. i love u because of Allah until here after.
maas salamah wa ilal liqa'
No comments:
Post a Comment