Monday, October 22, 2012

Berdosa tanpa disedari penyebab hati mati

BUKAN mahu mendabik dada tetapi sekadar berkongsi nikmat Allah kepadaku. Aku sedar yang aku langsung tidak layak untuk menerima apa-apa hal memandangkan diriku yang hina kerana lebih membesarkan makhluk daripada Allah.

takut-takut kerana keberadaanku di dunia ini menyebabkan berlakunya maksiat dan lebih malang apabila kehadiran aku ke alam fana telah mengakibatkan doa sekalian orang mukmin ditolak oleh Allah SWT.

Namun, pada masa yang sama, aku berharap agar Allah menjadikan aku orang yang mengasihi para kekasihnya kerana Nabi SAW pernah bersabda "Sesungguhnya seseorang itu bersama orang yang dicintainya di Hari Akhirat kelak" (lebih kurang maksud hadis).

dalam beragama, aku dididik supaya memahami makam takut dan harap. kedua-dua makam tersebut amat penting dalam perjalanan menuju kepada Allah.

kebanyakkan kita tidak menyedari hal tersebut kerana seketul daging yang dinamakan hati telah diselaputi kekaratan yang menjadi hijab sekali gus sukar dikikis melainkan dengan zikrullah.

sekali maksiat yang dilakukan menjadi satu titik hitam di hati. sudah berapa banyak maksiat yang aku lakukan sepanjang hidup? aku pasti hati aku sekarang lebih hitam dari kuali rumah aku. Astaghfirullah! Moga aku tergolong dari kalangan orang-orang yang diampunkan dosanya oleh Allah.

jadi, bagaimana kita hendak menggapai kasih Allah sedangkan kita melakukan maksiat atau dosa terhadapNya setiap masa dalam keadaan kita sedar atau tidak. 

kalau dosa yang terang-terangan senanglah kita nak kenal pasti tetapi ramai (antaranya aku) yang tak sedar kita telah mensyirikkan Allah tanpa kita menyedarinya. itu yang bahaya dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya.


sebagai contoh, memegang tangan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim telah terang-terang dicatat sebagai satu dosa. kurang ajar dengan orang tua juga dosa. meninggalkan solat tanpa keuzuran yang diizinkan syarak juga berdosa. makan tengah hari pada bulan ramadan (bagi yang tidak uzur) dikira dosa.


itu contoh perbuatan buruk yang jelas dosanya sekali gus menyebabkan malaikat pencatit amal tidak teragak-agak melakar satu dosa pada buku catatan amalan.


adapun, perbuatan tersembunyi yang diklasifikasikan sebagai perbuatan mensyirikkan Allah inilah yang menjadi penyebab utama hati kita dibutakan atau dihijab oleh Allah.


sebagai contoh,ketika sedang memandu kereta, kita ternampak seorang lelaki tua melintas jalan pada waktu maghrib. Paling tidak kita akan cakap "apa le yang dibuat oleh orang tua tu maghrib-maghrib ni. kan lebih elok kau duduk rumah atau pergi ke masjid untuk solat berjemaah."


contoh lain, sedang kita asyik bersiar-siar dengan keluarga, kita ternampak banglo di atas bukit. paling tidak kita akan bercakap dengan pasangan "Mak ai, rumah sape le tu. dah la besar, cantik lak tu."

dalam ilmu tasauf, ini sudah dikira sebagai dosa kerana bertanyakan hal yang tiada kaitan dengan diri kita. natijah daripada perbuatan itu, kita telah meletakkan sesuatu ke dalam hati walhal hati merupakan tempat Allah meletakkan ilmuNya kepada setiap hamba.

bukan tidak boleh tetapi pergaulan kita dengan masyarakat seharusnya di permukaan sahaja dan tidak sampai kita mementingkan makhluk atau harta hingga lalai hati untuk mengingati Allah. 

jika tersedar yang ucapan kita tadi telah memesongkan hati selain dari mengingati Allah, cepat-cepatlah kita beristighfar memohon keampunan daripada Allah.

Memang susah untuk menjauhinya kerana sejak kecil kita telah dibesarkan dengan suasana sekeliling yang sibuk mengambil tahu hal orang. 

lagi satu, kita tidak didedahkan mengenai ilmu tasauf yang merupakan salah satu cabang daripada ilmu-ilmu Islam. Ia paling ditakuti oleh orientalis kerana bisa membuatkan umat Islam menjadi kuat dan tidak tergugat. 

lain-lain contoh, keluarga kita ditakdirkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika hendak mengelak lembu. pastu pasti kita akan cakap "kalau bukan kerana lembu tu, perkara ni takkan jadi"


contoh lagi, mendakwa atau bangga segala kerja yang kita lakukan dengan menggunakan kudrat sebagai hasil usaha kita tanpa bantuan daripada al-Khaliq. contoh, "kalau bukan aku yang bagi cadangan, takkan untung la syarikat kita. dapat  jugak kita bonus!" atau "kalau kau nak tahu, kalau aku takde kat sini, dah lame dah banjir. sebab aku walilah segala bala tertahan!"


merasa diri sudah sempurna kerana pujian orang. contoh, "terima kasihlah ustaz, kalau ustaz takde tadi, memang majlis ni tak berseri. pandai ustaz ambil hati orang dengan selitkan lawak ketika berceramah. saya kagumlah dengan ustaz yang tinggi ilmunya ini,"

si ustaz yang termakan dengan pujian akan segera menjawab "oh, itu baru sedikit, ada banyak lagi saya nak cakap tapi masa takde pulak" atau tersengih bangga.


jawapan kepada persoalan dan kemusykilan di atas boleh diatasi jika seseorang itu mengqasadkan di dalam hatinya yang dia hanya dinisbahkan kepada usaha dalam melakukan sesuatu. usaha itu pun datangnya dari Allah jua. kita tidak memiliki apa-apa. hatta tangan dan kaki yang melekat pada tubuh kita pun milik Allah. jadi tergamakkah kita melakukan maksiat atau mensyirikkan Allah sedangkan semua yang dimiliki hanya pinjaman?


bersifatlah kita dengan sifat hamba. kerana hamba itu dikenali sebagai golongan yang tidak memiliki tetapi hanya menurut perintah tuannya.

untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan, pembaca haruslah berjinak-jinak dengan ilmu tasauf kerana hanya dengan mengenal diri dan Allah, maka kita akan selamat.

 
nasihat: carilah pembimbing yang mampu membawa kita ke jalan mengenal Allah. jalan ada banyak sebanyak keluar masukkan nafas yang kita sedut tetapi qasadnya tetap satu iaitu mengenal Allah.

pembimbing atau guru mursyid tidak akan datang bergolek tetapi harus dicari sambil diiringi doa yang berpanjangan kepada Allah.


sekiranya telah jumpa, maka peganglah tangannya (bersama) dengan erat kerana jika kita menolak seseorang shiekh yang telah ditakdirkan untuk kita bertemu, maka Allah tidak akan mempertemukan lagi dengan orang yang sedemikian rupa.


belajar dengan ustaz di masjid-masjid juga boleh tetapi mereka sekadar memberi ceramah mengenai itu dan ini tetapi tidak mentarbiah serta mendidik kita mengenal jalan menuju kepada Allah dan menggapai kasih Nabi yang merupakan wasilah kita dengan Tuhan.


maas salamah wa ilal liqa


Thursday, October 11, 2012

Abi Sayang Sofiyyah

inilah sofiyyah

Satu hari tu aku bertanya kepada anak perempuanku yang berusia 4 tahun, "Abi sayang Sofiyyah ke Sofiyyah sayang Abi?" lantas dia jawab, "Sofiyyah sayang Abi Umi."

hah amek kau, dua-dua die sebut. memang bertuah budak tu.

Jawapan kanak-kanak kadang-kadang kelakar, kekadang membuatkan kita berfikir dan kekadang tu membuatkan kita tersenyum lantas memeluk mereka.

sama seperti aku,  sebaik jawapan dilontarkan daripada mulutnya yang comel itu, aku terus tersenyum kerana pada usia itu dia sudah pandai mengambil hati orang tuanya.

sofiyyah diambil sempena nama salah seorang isteri Nabi SAW. Nama itu diberi oleh seorang ulama berkaliber dan berjiwa besar, Datuk Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin ar-Rembauwi.

gembiranya hati apabila dikurniakan anak perempuan hanya Allah yang tahu. Aku bersyukur atas nikmat itu.

Namun, seseorang itu tidak dikira sudah beriman sepenuhnya jika tidak diuji. Dalam kegembiraan aku menerima kehadiran cahaya mata, aku dikejutkan dengan sofiyyah yang dilahirkan tidak cukup bulan itu dengan penyakitnya, semput dan sawan.
meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-4 bersama umi, khadijah di rumah mak teh dia.

ah, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan aku. sebelum berkahwin, aku tidak pernah berdepan dengan penyakit tersebut. mungkin dosa yang aku lakukan,  maka Allah uji aku dengan penyakit yang ditimpakan ke atas sofiyyah.

sofiyyah tidak boleh demam, selsema atau tonsilnya bengkak. jika ada sindrom itu, aku akan segera membawa berjumpa doktor untuk meminta ubat. amek gas (Nibulizer) sudah menjadi perkara biasa.

pernah satu ketika, aku dan isteri pergi ke satu majlis di masjid taman tar ampang jaya dan pada waktu itu jugalah aku menerima panggilan yang sofiyyah telah diserang sawan tarik yang menyebabkan mukanya bertukar kebiruan dan mulutnya berbuih.ketika itu dia demam.

ketika itu, sofiyyah berada di rumah dijaga oleh pembantu rumah warga indonesia. dia kini telah melarikan diri mengikut kekasihnya dan mungkin sudah terlepas pulang di bawah program 6P. ciss.

sebaik aku sampai rumah, sofiyyah telah dibawa ke hospital ampang oleh ambulans. aku menjenguknya dan dia sudah pulih tetapi lemah dan tidak bermaya. sebiji ubat punggung dimasukkan tetapi budak....memang tak nak la kan. masa tu umur dia dalam dua atau tiga tahun.

sofiyyah di awal kelahirannya. masa ni sebab tak cukup bulan kena masuk ICU hospital ampang putri, ampang. memang macam dah takde harapan nak hidup tapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Lima hari dia duduk ICU dalam keadaan dawai berselirat di seluruh badan.

lepas tu, kene pergi chek-up kat hospital setiap 3 bulan...temu janji memang sesuatu yang memenantkan. bukan apa, kalau da lame sangat jadi lupa. hospital kerajaan, kalau dah miss temu janji kena pergi klinik kesihatan desa pastu baru leh buat temu janji baru. ah! stress.

beberapa bulan lepas tu, sofiyyah kena lagi. kali ni masa dia dan umi dia pergi rumah salah sorang makcik dia di Seremban. bergegas la pakcik diorang tu bawak pergi klinik. macam selalu, muka biru dan mata pandang atas. mulut berbuih.

tapi lepas dirawat dia ok. masa tu kami rancang untuk mandi-manda di jeram toi. besoknya pergi jugak ke situ tapi balik awal sebab sofiyyah dah lain macam sebab demam. terus balik KL lepas tu.

baru-baru ni, ketika berada di kampung rembau (rumah mentua aku) sofiyyah diserang lagi. macam sawan tapi doktor cakap bukan. entahlah. tapi suhu badan dia 38 darjah celsius. satu suhu yang amat panas bagi budak. orang tua pon kalu 40 darjah celsius boleh pengsan inikan budak.

tapi dalam semua kejadian tu, aku tiada di sisinya untuk melihat kejadian tersebut. aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di situ dan  melihat bagaimana keadaannya ketika itu. mungkin panik yang melampau sebab aku terlalu sayangkan dia. walaupun dia agak nakal.

 aku hanya mampu berdoa dan membawanya berubat. hanya itu yang mampu aku lakukan. kasih seorang bapa kepada anaknya memang ajaib. benda yang aku tak pernah terfikir satu masa dahulu.

Nanti kita sambung mengenai perasaan cemas aku mengenai sofiyyah dan abangnya, muhammad alawi yang 'hilang' disangka diculik ketika bermain di depan rumah. Allahhu Akhbar!

maas salamah wa ilal liqa'




Tuesday, October 2, 2012

Buku sejarah Pak Maun

Dulu masa sekolah rendah, aku suke baca buku cerita tidurlah sayang. dalam buku tu ada banyak cerita yang menarik untuk budak-budak.

masuk sekolah menengah, novel ahadiat akashah menjadi pilihan. sepasang jeans biru, budak setan dan macam-macam lagi menarik minat.

buku ni kene kebas ngan cikgu disiplin..sampai dia mati buku tu tak dipulangkan. buku ni aku pinjam kawan lak tu

pernah sekali, aku bawak novel tu kat sekolah. nak jadikan cerita ada pulak spot cek. abis buku tu kena rampas. sampai cikgu tu dah mati buku tu ntah kat mana dah. dia simpan ke atau bawak balik rumah suruh anak dia baca wallahua'lam. sebab buku tu kena rampas akupun tak pasti.

agaknya die ingat novel cinta langsung tak boleh nak tolak-ansur. kan baca novel tu bagus sebab leh rangsang gaya penulisan esei pelajar kan.

bila dah besau dan berkeluarga, aku mula berjinak-jinak dengan novel nukilan faisal tehrani. layan gak novel dia macam keris laksamana bentan, detektif indigo, pengembaraan si peniup ney, 1515 dan banyak lagi.

tak lupa jugak karya penulis novel thriller, ramlee awang mursyid. novel mengisahkan keperkasaan laksamana sunan, hijab sang pencipta memang kelas. kalau ada sesapa yang belum baca, saya nasihatkan bacala segera. memang thrill dan macam kita pulak yang macam laksamana sunan tu.

ada lagi novel dia, macam cinta sang ratu, bagikan puteri..tu sume mcam novel trilogi la...kena baca ikut turutan kalau tidak tak paham. kalu google kat internet tu memang nampaklah tajuk novel tu.
ni antara buku ramlee awang mursyid


PERHATIAN! saya bukan rakan ramlee atau ejen dia. ni promote sebab novel tu bagus. takde kene mengena dengan dia.

Buku terbitan Utusan Karya, 15 Mei: sebelum dan selepas hasil perahan otak allahyarham Tunku Abdul rahman, PM kita yang pertama. Buat budak yang nak tahu sejarah yang ditulis tanpa prejudis, saya nasihatkan baca buku itu.
bagus buku ni. tapi agak slow sikit nak baca sebab dia pakai para 1.5. tulisan kenit. tapi enjoy dan tahu siapa sebenarnya Tun Mahathir Mohamed


tapi, banyak-banyak buku, buku agama jugak yang menjadi pendamai jiwa. tapi, buku yang macam mana ek? adakah buku-buku yang ada kat toko buku agama kat pekan atau bandar-bandar  tu dah memadai dan kene dengan kemuyskilan kita?

Bukan boleh baca aje. kena cari guru pembimbing. last-last, kita akan dapati, buku mengenai tasauf jugak yang kita pakai sampai kita mati. ilmu lain hanya sekadar di pinggiran aja. itu apa yang aku rasa la. tapi itu semua kehendak Allah. Kalau dapat rasa macam tu cepat-cepat ucapkan syukur.

Buat yang mempunyai penyakit hati, hati hitam ke, hati busuk ke, hati penuh dengan hasad ke, hati pendendam ke, bagus baca buku mengenai Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Yayasan Sofa!
antara buku keistimewaan Nabi yang dikeluarkan oleh Yayasan Sofa.
maas salamah wa ilal liqa

Monday, October 1, 2012

jangan lupa ziarah Khadijah jika ke tanah suci

nasib baik datang bawak kawan. leh tolong amek gambar. Allahhu Akbar! tempat yang sejuk walaupun matahari terik. Damai jiwa bila pergi makam saidatina Khadijah RA
Sebaik sampai di Ma'la, aku buka Quran lalu baca surah al-Mulk. Kekasih yang banyak berkorban di awal Islam, Saidatina Khadijah al-Kubra bukanlah berharap sangat dengan bacaan ayat suci dari aku tetapi aku yang berhajat kepada syafaat beliau di akhirat kelak. Moga apa yang aku lakukan didengari beliau di alam Barzakh.

Sebaik menamatkan bacaan sebanyak tiga kali, aku kemudian menghadiahkan al-fatihah dan beberapa surah lain termasuk salawat azamiah kepadanya. Mula-mula aku ingatkan makam nenda saidina Hussin dan Hassan itu terletak dengan pintu gate hijau tu.

Punyalah pandang sambil mulut terkumat kamit baca. tetapi selepas 20 minit, datang sekumpulan lelaki Melayu yang mendakwa mempunyai tanah dan berketurunan penduduk Mekah, seorang lelaki yang mengetuai jemaah tersebut memberitahu makam sebenar Khadijah ialah di atas yang terdapat pokok kecil di permukaan makamnya.
jemaah Melayu yang tiba-tiba datang masa aku sedang menziarahi makam Khadijah. yang pakai kopiah dudu sebelah baju pink tula ustaz yang cakap pasal pokok tu.


Dia menceritakan, pokok tersebut tidak berubah saiznya sejak ia dipacakkan di situ pada hari kewafatannya dan ia menjadi salah satu karamah isteri pertama Rasulullah SAW.
makam no 11 dengan pokok kecil di permukaannya. satut-satunya kubur yang ada pokok di Ma'la. Subhanallah! orang perempuan tidak dibenarkan masuk kerana Wahabi punya arahan. Sabar ye orang perempuan.
kebanyakan kubur di Ma'la hanya diletakkan tiga ketul batu yang dicat putih. kerajaan Arab Saudi melarang ditanam dengan pokok atau apa-apa di atasnya. Kita pun tak tahu sape yang empunya kubur tu. tapi yang pasti, kubur tu akan dibongkar selepas dua tahun untuk mengkebumikan jenazah baru. kalau didapati jenazah masih utuh, ia akan dibiarkan.


Kawasan yang dipagar itu mengandungi jenazah ahli keluarga Nabi SAW. Puak Wahabi mengambil tindakan keras dengan mengunci pintu pagar tersebut bagi mengelakkan pecinta kaum itu duduk dekat sambil berdoa di sisi makam. diorang kata bidaah. itu jela yang diorang tahu. padahal ia adalah sunnah berdoa di makam yang didalamnya mengandungi jasad orang soleh. Rahmat Allah turun di situ.

bila dikenang balik, perjalanan penyucian jiwa aku untuk menunaikan umrah pada mei 2012 semacam telah diatur oleh Allah dan mempunyai persamaan dengan arwah ayah. pertama, pemergian kami ke tanah suci atas tajaan. kedua, wang saku diperolehi secara tidak disangka-sangka dan ia cukup sebagai bekalan bagi orang yang bermusafir ke tanah suci.

ayah meninggal tidak lama kemudian dan aku pun rasa akan menjejaki jalan itu. (perasaan sahaja). mengingati mati tu kan sunat. dapat pahala. sudah jelek hidup dengan kerenah manusia tetapi takut dan malu bertemu Allah kerana amal yang langsung tak ade. bersangka baik dengan Allah jela.

orang islam yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW wajib tahu mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Sesiapa yang tidak ambil tahu, maka dia telah mengabaikan hak Rasulullah.

mesti tahu apa yang dilakukan oleh wanita mulia tersebut hingga Nabi begitu kasih kepadanya berbanding isteri-isterinya yang lain.

maas salamah wa ilal liqa'