Monday, November 12, 2012

7 tahun 3 anak...Alhamdulillah syukur


bertuahnya aku dapat dengar khutbah nikah sheikh. baju tu tempah tapi pakai sekali aje. humble betul sheikh. pakai kain pelekat aje.
hari ini pada tahun 2005 genap tujuh tahun aku bernikah. dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai suami isteri, kami dikurniakan tiga cahaya mata yang merupakan hadiah dan amanah daripada Allah yang tidak ternilai dalam hidupku.

aku masih ingat, pada tarikh ini dengan sekali lafaz, Khadijah Mohamad Nor sah menjadi isteri aku. menikah di rumahnya di kampung pulau besar, rembau kira-kira pukul 11 pagi. sheikh ada sekali. beliau turut sudi membacakan khutbah nikah selepas upacara ijab dan qabul selesai.


wajah ayu isteriku ketika menunggu lafaz nikah

sebelum bernikah, ada satu kejadian yang sangat melucukan bagi diri aku berlaku tetapi buat sesetengah pihak mungkin tidak. pihak lelaki datang lebih 5 buah kereta dengan melalui jalan kampung tanah merah jaya-alor gajah-rembau.

demi Allah, jalan situ pertama kali aku lalu sebab sebelum tu aku pergi rumah khadijah ikut jalan dalam melalui ramuan china. sekali aku masuk simpang bongek ke gunung datuk dari alor gajah. sepatutnya aku terus sampai nampak pekan chengkau dan masuk simpang kiri terus pergi rumah dia.

daripada awal, sudah menjadi lambat. sheikh nyaris-nyaris nak berangkat sebab tunggu lama dan siap makan. bapak mentua aku, mohamad nor mahmud pulak kata sebelah lelaki nak balas sebab masa merisik dulu kami kena tunggu sheikh datang. lama jugak la.

tetapi itu semua tidak benar. aku kalau boleh hendak sampai cepat tetapi takdir Allah siapa yang tahu. aku disesatkan. pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak jalan ke situ. kalau lalu lagi di situ sumpah aku dah tak ingat jalan mana yang aku tembus untuk sampai ke rumah rembau.

antara rakan pejabat yang hadir memeriahkan majlis. kami pasangan pertama yang berkahiwn di Kosmo!. Terima kasih. tapi aku bergambar pegang hadiah pulak.

keluarga mentua aku jenis yang kuat beragama. mereka pengikut tareqat muhammadiah al-idrisiah. tidak ada istilah menjual anak dan mereka hanya mensyaratkan duit hantaran hanya untuk membeli kerbau dan menyewa khemah untuk tetamu.

mana nak cari lagi zaman sekarang. pelamin takde. kompang-kompang jauh sekali. muzik? hanya madih memuji Allah dan Rasulullah SAW kedengaran di majlis perkahwinan kami. Ya Allah. Syahdunya. bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan. duit hantaran aku untuk meminang khadijah RM4,444.

hahaha. tapi tu semua tinggal sejarah dan Alhamdulillah Allah masih menetapkan aku menjadi suami dan abi kepada tiga cahaya mata.

sepanjang berkahwin, aku diuji dengan beberapa kejadian yang biasa didengar dan dibaca di majalah mastika. tak sangka pula ia berlaku ke atas kami. Alhamdulillah...bersyukur saat diuji. itu tanda Allah sayang pada kita.

di awal perkahwinan, kami ditimpa dengan ujian demi ujian. ujian paling berat ialah hak kami sebagai suami isteri dinafikan. 8 bulan kami diuji. ah, terlalu berat namun bersyukur.

selepas puas berubat dan menghabiskan tenaga, masa dan wang, akhirnya apa yang dikatakan sihir itu dapat dibuang. Allah bersama orang yang bersabar.

dua tahun kemudian, kami dikurniakan muhammad alawi. khadijah terpaksa dibedah selepas doktor mengatakan mungkin terdapat risiko jika bersalin normal. aku pasrah sekali lagi. kalau boleh memang mahu bersalin normal tetapi apakan daya, takdir Allah penentu segalanya.

begitu juga dua lagi anak kami. semuanya cesarean. sofiyyah dan muhammad munawwir. aku pulak, tidak dapat merasai pengalaman berada di dalam labour room untuk melihat kesakitan yang dihadapi si isteri ketika hendak melahirkan. apapun, aku yakin ada hikmah di sebalik semua itu. mungkin aku akan pengsan jika berada di dalam bilik tu. satu hal pulak. Allah Maha Mengetahui.




selepas tujuh tahun, inilah hasilnya. badan berisi anak tiga. yang pakai baju belang tunjuk pis tu anak buah den, aman anak ustaz hasan n kak siti mariam


dipendekkan cerita, aku bertuah mengenali khadijah yang dengan itu aku dapat merasai nikmat yang diberikan Allah iaitu mengenali seorang alim lagi beramal dengan ilmunya, sheikh muhammad fuad kamaluddin. subhanallah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

maas salah wa ilal liqa'

No comments:

Post a Comment