Friday, November 16, 2012

tengok saja? bila mahu bertindak wahai saudaraku...

logo yayasan sofa


Palestin diserang lagi. Kali ini pada awal muharram. Bulan mulia yang di dalamnya terdapat peristiwa paling penting dalam sejarah Islam iaitu Hijrahnya Nabi dan para sahabatnya dari kota Mekah ke kota Madinah. Semua itu dilakukan untuk manfaat umat akan datang. kita merasai kemanisan itu. golongan awal termasuk Nabi bergelumang dengan kepahitan dan kesengsesaraan untuk kesenangan kita.

Sserangan terbaru itu membunuh seorang pemimpin Palestin dan mengorbankan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak. Damn Israel! Sesungguhnya kepada Allah sahajalah diserahkan segala sesuatu.

sampai bila harus terjadi sebegini? sampai bila?

Mmari kita lihat senario setiap kali berlakunya kekejaman rejim yahudi terhadap palestin. Senario ini mungkin bukan sahaja berlaku di malaysia bahkan di seluruh dunia Islam.

Setiap kali akhbar atau internet melaporkan rakyat palestin mati dibom dan ditembak, kita hanya mampu mengutuk! mengutuk! mengutuk!. sebar gambar-gambar menyedihkan di facebook dengan hanya menggunakan hujung jari dan goyang kaki selepas itu.

Kalau ada yang besar pun tunjuk perasaan di depan kedutaan tertentu oleh pihak tertentu sambil memakai baju atau membawa bendera parti politik tertentu. Kutukan itu berakhir di situ sahaja sama dengan berakhirnya demo tersebut.

Lepas balik, lepak kedai kopi, minum teh lepas tu sembang macam bagus. Takde apa tindakan untuk memartabatkan Islam yang dengannya itu musuh akan gerun memandang kita sekali gus takkan berani bertindak sesuka hati.

Ccuba bayangkan jika di malaysia ini terdapat satu pusat yang disegani kawan atau lawan, digeruni golongan kafir dan ditabik oleh masyarakat antarabangsa. Pusat itu bukan pusat servis kereta tetapi pusat Islam yang bertindak mengeluarkan pejuang-pejuang agama Allah melalui jalan ilmu dan makrifah.

Zaman sekarang kita berhajatkan kepada jihad ilmu dan peperangan fikiran untuk menundukkan musuh. senjata yang kita ada tidak mampu untuk menandingi golongan kafir yang jauh lebih hebat dan canggih. Di samping doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk membantu kita.

Jika Allah menolong Nabi SAW dalam peperangan Badar, mengapa tidak Allah membantu kita yang bersiap sedia, setulus hati dan berserah diri untuk menjadi penolong agamaNya?

Allah berfirman yang lebih kurang maksudnya: Wahai orang-oarang yang beriman, jadilah kamu penolong agama Allah...

Macam mana hendak jadi penolong agama Allah? Sedangkan Allah itu Maha Berkuasa dan tidak berhajat langsung pertolongan daripada hamba-hambaNya.

Allah berfirman sedemikian untuk memberi peluang kepada kita supaya tergolong dalam kalangan orang-orang yang mulia seperti Abu Bakar, Omar, Ali dan sahabat-sahabat lain yang sedia mengorbankan bukan sahaja nyawa malah, harta mereka juga diberi kepada Rasullullah SAW untuk menyebarkan dakwah.

 Lantas dengan contoh yang telah diriwayatkan kepada kita saban tahun itu, marilah kita bersama-sama menyokong mana-mana badan yang mengambil tugas berat itu untuk mengeluarkan kader-kader Islam yang akan memertabatkan dan mengangkat agama paling suci ini.

Orang kafir begitu rakus memperkotak-katikkan kita kerana umat islam tidak begitu bersatu padu walaupun setiap tahun mereka berhimpun di mekah untuk menunaikan haji.

Darah kita dihisap dengan rakus, pemikiran kita dijajah dengan lahapnya. sikap membisu pihak-pihak berkuasa yang langsung tidak berbuat apa-apa kajian dan pembangunan islam memburukkan lagi keadaan.

Yayasan Sofa.com  merupakan satu-satunya NGO Malaysia yang berani mengambil tugas berat dan sanggup memberatkan tengkuknya untuk memikul amanah Allah untuk menjadi pejuang agamaNya. Mereka di sini merupakan golongan pewaris para Nabi.


madrasah al-hasaniah di rembau. salah satu pusat pengajian di bawah seliaan yayasan sofa.

sepatutnya, amanah ini ditanggung dan ditampung dan dibantu oleh jutaan umat islam bukan sahaja di malaysia tetapi di dunia namun, siapa yang sanggup untuk mengeluarkan wang atau menginfakkan harta ke jalan Allah? Ramai yang tertewas dan tidak berani untuk menyahut seruan Nabi dan Allah supaya membantu ulama untuk memertabatkan Islam supaya ia disegani kawan dan lawan. Digeruni kafir laknatullah!.

Pihak yayasan telah mengorbankan segalanya demi memastikan generasi muda yang berperanan untuk mempertahankan Allah dan Rasul tetap dikeluarkan. Namun, perbelanjaan yang diperlukan amatlah banyak kerana pihak yayasan tidak terhegeh-terhegeh untuk meminta bantuan kerajaan untuk tujuan tersebut.
kolej islam as-sofa di ampang. gambar ulama tu pengasan yayasan, sheikh muhammad fuad kamaluddin (kanan) sebelah kiri tu anak arwahyarham sayyid muhammad alawi al-maliki, sayyid ahmad.

Pada pandangan saya, Yayasan Sofa bagaikan one-stop-centre yang mempunyai pelbagai peringkat pembelajaran dari sekolah menengah ke kolej yang pasti akan menjadikan pelajarnya orang yang alim mengenai agama.

Mereka bukannya cikai punya yayasan dan setiap benda yang dilakukan mempunyai kualiti yang tidak mampu dilakukan oleh NGO lain. asrama dan suasana pembelajaran yang terdapat di situ terlalu berbeza dengan tempat lain kerana mereka begitu menghormati penuntut ilmu dan hufazul Quran.

Untuk menjaga standard itu, mereka memerlukan pelajar dan sumbangan secara berterusan atau secara bulanan dari umat islam serendah RM1 untuk bersama-sama menegakkan agama Allah dan berpeluang menjadi penolong agama.

Kepada yang ingin menyumbang sila klik di sini 

Sanggupkah kita mati dalam keadaan anak cucu kita mengutuk dan menghina kita kerana tidak menyediakan prasarana dan melahirkan golongan ulama yang sahih aqidahnya untuk mereka kelak?

Sanggupkah kita melihat anak cucu kita hidup dalam keadaan dijajah secara senyap oleh penjajah yang sememangnya ingin umat islam diketepikan?

Tergamakkah kita berpaling dari seruan Rasul dan Allah yang meminta kita menjadi penolong yang kelak akan melayakkan kita berada di dalam syurga bersama Rasullulah SAW?

Marilah bersama-sama menyumbang untuk kejayaan di masa hadapan. Mati itu pasti hidup itu Insyaallah.

Monday, November 12, 2012

7 tahun 3 anak...Alhamdulillah syukur


bertuahnya aku dapat dengar khutbah nikah sheikh. baju tu tempah tapi pakai sekali aje. humble betul sheikh. pakai kain pelekat aje.
hari ini pada tahun 2005 genap tujuh tahun aku bernikah. dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai suami isteri, kami dikurniakan tiga cahaya mata yang merupakan hadiah dan amanah daripada Allah yang tidak ternilai dalam hidupku.

aku masih ingat, pada tarikh ini dengan sekali lafaz, Khadijah Mohamad Nor sah menjadi isteri aku. menikah di rumahnya di kampung pulau besar, rembau kira-kira pukul 11 pagi. sheikh ada sekali. beliau turut sudi membacakan khutbah nikah selepas upacara ijab dan qabul selesai.


wajah ayu isteriku ketika menunggu lafaz nikah

sebelum bernikah, ada satu kejadian yang sangat melucukan bagi diri aku berlaku tetapi buat sesetengah pihak mungkin tidak. pihak lelaki datang lebih 5 buah kereta dengan melalui jalan kampung tanah merah jaya-alor gajah-rembau.

demi Allah, jalan situ pertama kali aku lalu sebab sebelum tu aku pergi rumah khadijah ikut jalan dalam melalui ramuan china. sekali aku masuk simpang bongek ke gunung datuk dari alor gajah. sepatutnya aku terus sampai nampak pekan chengkau dan masuk simpang kiri terus pergi rumah dia.

daripada awal, sudah menjadi lambat. sheikh nyaris-nyaris nak berangkat sebab tunggu lama dan siap makan. bapak mentua aku, mohamad nor mahmud pulak kata sebelah lelaki nak balas sebab masa merisik dulu kami kena tunggu sheikh datang. lama jugak la.

tetapi itu semua tidak benar. aku kalau boleh hendak sampai cepat tetapi takdir Allah siapa yang tahu. aku disesatkan. pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak jalan ke situ. kalau lalu lagi di situ sumpah aku dah tak ingat jalan mana yang aku tembus untuk sampai ke rumah rembau.

antara rakan pejabat yang hadir memeriahkan majlis. kami pasangan pertama yang berkahiwn di Kosmo!. Terima kasih. tapi aku bergambar pegang hadiah pulak.

keluarga mentua aku jenis yang kuat beragama. mereka pengikut tareqat muhammadiah al-idrisiah. tidak ada istilah menjual anak dan mereka hanya mensyaratkan duit hantaran hanya untuk membeli kerbau dan menyewa khemah untuk tetamu.

mana nak cari lagi zaman sekarang. pelamin takde. kompang-kompang jauh sekali. muzik? hanya madih memuji Allah dan Rasulullah SAW kedengaran di majlis perkahwinan kami. Ya Allah. Syahdunya. bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan. duit hantaran aku untuk meminang khadijah RM4,444.

hahaha. tapi tu semua tinggal sejarah dan Alhamdulillah Allah masih menetapkan aku menjadi suami dan abi kepada tiga cahaya mata.

sepanjang berkahwin, aku diuji dengan beberapa kejadian yang biasa didengar dan dibaca di majalah mastika. tak sangka pula ia berlaku ke atas kami. Alhamdulillah...bersyukur saat diuji. itu tanda Allah sayang pada kita.

di awal perkahwinan, kami ditimpa dengan ujian demi ujian. ujian paling berat ialah hak kami sebagai suami isteri dinafikan. 8 bulan kami diuji. ah, terlalu berat namun bersyukur.

selepas puas berubat dan menghabiskan tenaga, masa dan wang, akhirnya apa yang dikatakan sihir itu dapat dibuang. Allah bersama orang yang bersabar.

dua tahun kemudian, kami dikurniakan muhammad alawi. khadijah terpaksa dibedah selepas doktor mengatakan mungkin terdapat risiko jika bersalin normal. aku pasrah sekali lagi. kalau boleh memang mahu bersalin normal tetapi apakan daya, takdir Allah penentu segalanya.

begitu juga dua lagi anak kami. semuanya cesarean. sofiyyah dan muhammad munawwir. aku pulak, tidak dapat merasai pengalaman berada di dalam labour room untuk melihat kesakitan yang dihadapi si isteri ketika hendak melahirkan. apapun, aku yakin ada hikmah di sebalik semua itu. mungkin aku akan pengsan jika berada di dalam bilik tu. satu hal pulak. Allah Maha Mengetahui.




selepas tujuh tahun, inilah hasilnya. badan berisi anak tiga. yang pakai baju belang tunjuk pis tu anak buah den, aman anak ustaz hasan n kak siti mariam


dipendekkan cerita, aku bertuah mengenali khadijah yang dengan itu aku dapat merasai nikmat yang diberikan Allah iaitu mengenali seorang alim lagi beramal dengan ilmunya, sheikh muhammad fuad kamaluddin. subhanallah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

maas salah wa ilal liqa'

Thursday, November 8, 2012

Aku harap kasih Allah bukannya angka selepas periksa



Muhammad Alawi (belakang dua dari kanan) bersama ustazah dan rakan-rakan kelas 5 tahun al-Latif


assalamualaikum ibu ayah.
kami pergi sekolah,
kami belajar quran
kami belajar sunnah

assalamualaikan ustaz ustazah
bimbingkanlah kami
ajar kami quran
ajar kami sunnah

kami takut Allah
kami sayang Nabi
.................
 (ada lagi tapi dah lupe lah)

itu sebahagian bait-bait nasyid yang anak sulung aku, muhammad alawi bersama rakan-rakan kelasnya sampaikan pada majlis penyampaian hadiah yang menandakan sesi persekolahan untuk tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. yahoo!


sekejap saja masa berlalu.rasanya, baru semalam aku daftarkan alawi belajar di Pasti al-Huda, Pandan Indah, Ampang. tup, tup, dia dah abis belajar untuk budak berusia lima tahun. tahun depan sambung lagi sebelum masuk pulak sekolah kebangsaan.

majlis tu sederhana baik dari segi pengisian mahupun meriahnya. tiada apa yang menarik kerana ia dibuat di deretan rumah teres dan pengerusi majlisnya hanya biasa-biasa sahaja.

nasib baik persembahan dari anak-anak Pasti bisa menyejukkan hati. makanan pagi disediakan. mihun goreng dan teh tarik. boleh la makan. syukur Alhamdulillah.

sepanjang belajar di situ, aku dapat lihat perkembangan alawi. dari seorang anak yang tidak tahu membaca, dia sudah mengenal huruf rumi dan jawi serta boleh menjawab periksa dengan baik. aku bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang cerdas dan sentiasa lincah dalam pelbagai hal.


alawi juga sudah dapat menghafal beberapa surah lazim yang sering dibacakan orang di dalam solat termasuk al-Fatihah. hadis Nabi juga dia hafal. Ayat seribu dinar yang aku sendiri gagap pun dia dapat baca dengan laju dan lancar.


mengikut buku rekod yang ustazah dia bagi, alawi seorang yang boleh maju jika berusaha. peningkatan dari peperiksaan pertengahan tahun hingga akhir tahun menampakkan perbezaan ketara dari segi markah matapelajaran.


belakon mengganggam segulung ijazah. Semoga tercapai cita-cita anakku


antara matapelajaran yang dipelajari bahasa melayu, inggeris, matematik, sains, komputer, peribadi muslim, bahasa arab, teknik pembacaan laju, Cahayaku, jawi, quran dan hadis.

walaupun kedua-dua ujian itu dia dapat nombor 5, tapi, secara keseluruhan aku tengok dia meningkat sebab budak lain juga begitu. Mungkin sebab tu dia dapat nombor 5 jugak.


masa nak peksa, alawi langsung tak belajar sebab aku bawak dia ke hulu ke hilir menghadiri majlis ilmu. pergi surau untuk mendapatkan rahmat Allah. Allah bantu kami dan Dia Maha Mendengar segala permohonan hambaNya.

bukan nombor yang aku harapkan tetapi keberkesanan ke atas alawi yang didamdakan. selagi dia boleh membaca, kenal huruf dan tahu mengaji itu merupakan sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.

sekolah siap bagi gambar pasport


moga alawi menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang pada jalan Allah satu hari nanti. itu doa aku selaku abi dia. masa aku kecik2, aku sekolah tadika aje yang yuran dia hanya RM20 sebulan dan banyak main dari belajar. alawi bernasib baik kerana dapat bersekolah di situ. teruskan usaha anak abi. i love u because of Allah until here after.


maas salamah wa ilal liqa'