MUHAMMAD ALAWI dengan seragam sekolah Pasti. Dia mula bersekolah pada Januari 2012. |
SENTIASA tersenyum dan memberikan pose peace setiap kali bergambar. Aku jeles dengan rambutnya yang lurus. |
Sebaik kelahirannya di Hospital Pakar Ampang Putri, Ampang, aku terus mengazan dan mengiqamatkan di kedua-dua belah telinganya dan sejak hari itu, maka aku dan isteri mendapat gelaran baru iaitu Abi dan Umi.
Dia anak ceaserian.
Nama Muhammad Alawi diambil daripada nama ulama Mekah, al-Muhaddith Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki yang merupakan ayahanda roh kami yang juga merupakan Ulama Rabbani abad ke 21. Beliau meninggal dunia pada 15 Ramadan 2004 pada usia antara 59 dan 60 tahun.
Kemangkatannya ditangisi umat Islam di seluruh pelosok dunia hinggakan Masjidil Haram ketika itu kosong kerana mengiringi jenazah beliau yang dikebumikan di Ma'la, Mekah.
Kemangkatannya ditangisi umat Islam di seluruh pelosok dunia hinggakan Masjidil Haram ketika itu kosong kerana mengiringi jenazah beliau yang dikebumikan di Ma'la, Mekah.
RENUNGAN penuh makna seorang Ulama Rabbani abad ke-21. |
Kami mempunyai rantaian sanad yang bersambung dengan beliau hingga ke Rasullullah SAW melalui jalan Sheikh kami, ayahanda yang dikasihi, al-Musnid Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.
Paling aku rasa bertuah anak jantan aku ni ditahnik oleh al-Musnid. Beliau merupakan anak murid Sodiq Sayyid Muhammad.
Tahnik ialah sunnah Nabi SAW di mana ia merupakan upacara menamakan bayi mengikut firasat ulama sebelum diberi makan buah kurma dan minum air zam-zam oleh ulama kerana ingin mendapat keberkatannya. Semoga dengan itu, anak kita akan hidup dalam keberkatan.
Mengambil berkat dengan Orang Soleh juga merupakan perbuatan Sahabat r.a yang tidak ditegah oleh Nabi SAW.
Mengambil berkat dengan Orang Soleh juga merupakan perbuatan Sahabat r.a yang tidak ditegah oleh Nabi SAW.
Masih aku ingat Muhammad Alawi ketika awal usia antara satu hingga tiga bulan selalu menangis di waktu malam dan tidur di sepanjang hari hinggakan aku dan isteri berasa bingung dan tertekan.
Puas berubat dan sapu minyak Yu Yi cap limau tapi tak jalan jugak. Sampai orang cakap dia kena sawan tangis dan salah satu petua nak ilangkan sawan tu masukkan tangan di mulut buaya dan tangan orang yang masukkan tangan pada mulut sang bedal itu disapu pada lelangit budak. Gila apa! Nak gi masuk tangan dalam mulut buaya...tapi aku taklah buat sebab cemas..
Hinggalah pada satu hari kami berubat di kawasan Felda Jelai, Gemas, Negeri 9 dengan saudara belah mak sedara Khadijah. Alawi kena mandi di cucur atap dan bawak ayam kampung hitam dengan kelapa muda....
Alhamdulillah, Subhanallah, Alawi baik lepas tu. Sekarang hero aku ni da nak membesar dan dia sekarang setinggi atas pusat aku. penah aku tanya dia
"Alawi dah nak sama tinggi dengan Abi lah. Agak-agak nanti Alawi marah Abi tak bila Alawi dah besar?" dia cakap "Mestilah marah sebab Abi asyik marah Alawi aje."
Errkkk!!! Terkedu gak aku dengar jawapan tulus dia tu. Memang aku selalu marah dia. Yela kan, budak-budak..selalu tak dengar cakap dan tumpahkan air, makan bersepah dan paling aku angin bila sepah-sepahkan rumah.
KETIKA berada di wad kerana pipi bengkak akibat hidung masuk lebah. Setia menemaninya mestilah Uminya, Khadijah. Kejadian pada Mac 2012. |
PERMATA hatiku, Muhammad Alawi, Sofiyyah dan Muhammad Munawwir. Sofiyyah tu memang suka bagi pose2 yang orang geram tengok. Tengoklah lidah dia tu.... |
Alhamdulillah, dengan nikmat Allah, setakat ini aku dikurniakan dengan tiga cahaya mata yang comel-comel dan bijak (pada hemat aku)...Muhammad Alawi, Sofiyyah,4, dan Muhammad Munawwir., 6 bulan.
Terima kasih kepada isteriku, Khadijah kerana menjadi Umi yang baik dan sentiasa sabar dalam membesarkan dan menghadapi kerenah anak-anak.
Maas Salamah wa ilal liqa'
No comments:
Post a Comment