Cinta boleh membuatkan seseorang itu gila. Cinta itu juga membuatkan seseorang itu lemah dan kuat. Cinta kalau diterjemahkan akan menjadi senjata yang ampuh. Hanya jika cinta itu bersandarkan kepada Allah. Berkasih sayanglah kamu maka kamu akan dicintai oleh penduduk langit...
Friday, October 14, 2011
tulis novel
Aku memikirkan untuk mula menulis mengenai novel...tetapi mengenai apa? tiada pengalaman yang menarik untuk aku lontarkan....hanya pada Allah aku berserah moga diberikan ilham untuk aku menulis...aku suka menulis sebenarnya tetapi pada waktu singkat ini aku telah dibebankan dengan cubaan hidup dan kerja yang aku sendiri tidak pernah terfikirkan....jadi perasaan itu aku pendamkan sahaja sehinggalah aku mula terfikir semula sejak aku membaca beberapa buah novel karangan penulis terkenal dan yang baru hendak bertapak di dalam dunia penulisan....novel karangan faisal tehrani dan ramli awang mursyid menjadi kegemaranku untuk menyuntik semangat nafsu untuk berkarya...adakah aku akan berjaya? bilakah waktunya yang akan ditentukan itu akan tiba? entah...aku sendiri tidak tahu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment