Rasanya sudah lama aku tidak update blog ini kerana kekangan masa dan kesibukan bekerja.
Bulan lepas aku baru kehilangan nenek yang pada saya amat istimewa. Dia meninggal akibat sakit tua ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besar Melaka.
7 tahun lamanya dia terlantar di atas katil selepas tidak dapat berjalan akibat tulang paha patah selepas terjatuh di rumah.
Arwah makwe tujuh hari sebelum meninggal dimasukkan ke wad Hospital Melaka selepas emak mendapati dia semput. Ketika ini dia masih mengenali orang tetapi tidak lagi bercakap. |
Sepanjang tempoh itu, emak lah yang menjaganya dari mandi, makan, buang air dan membawa untuk cek up di klinik kesihatan.
Secara peribadi, aku kagum dengan ketabahan emak menjaga ibunya. Bukan semua anak boleh menyempurnakan amanah dan liku-liku hidup yang telah ditulis sejak Azali lagi.
Menjaga orang tua yang perangainya sudah kembali seperti bayi amatlah mencabar. Silap hari bulan, bukan pahala yang dapat tetapi kena pulak menanggung dosa yang amat besar kerana berlaku kurang ajar dengan orang tua.
Kesabaran boleh diuji pada bila-bila masa. Tapi kami bernasib baik kerana nenek yang aku gelarkan sebagai makwe tidak banyak perangai.
Arwah ketika hidupnya menjaga kami empat beradik. Maklumlah, kami tinggal di kampung bersama emak dan arwah ayah. Arwah suka membebel pada perkara yang tidak kena pada pandangan matanya.
Dia juga suka mengejar aku sambil memegang rotan kalau aku masih degil dengan arahannya atau melanggar amarannya. Sambil kejar, sambil menjerit perkataan 'puaka kau'...hehe..maklumlah orang Melaka. Cara cakap kasar tetapi hatinya baik. I'll gonna miss her.
Pernah satu ketika aku menconteng di dinding rumah 'Akulah anak puaka...semua dalam rumah ini tidak sukakan aku...' Itu semula berlaku kerana dia sering memarahi aku. Maklumlah budak memang nakal. Lebih2 lagi tinggal di kampung. Habis kampung aku rayau. Masuk hutan, memancing di lubuk, mandi laut, mandi sungai dan macam2 lagi.
Ah, kenangan lama mengusik kembali. Yang lepas usah lagi dikenang. Apa yang penting sekarang hidup perlu diteruskan sehingga aku pula mengikut jejak arwah makwe. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah...
Ahli keluarga sedang mencium arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan iaitu tempat persemadian terakhir di Kampung Tanah Merah Jaya, Melaka. |
Selesai talkin dan kebumikan mayat. |
Kawasan rumah emak memang best. Ada sebatang pokok mangga memang berbuah sepanjang masa. Langsung xde ulat atau buah tu busuk.
Jadi, masa nenek meninggal, pokok tu memang tengah lebat berbuah. Ingatkan nak amek bawak balik nak buat jeruk asam boi, tapi mak mertua aku mengingatkan x boleh bawak balik benda masam kalau pergi rumah orang meninggal.
Ni baru sikit. Ada banyak lagi kt dahan lain |
So, sebab nak kait punya pasal, aku sanggup balik Rembau tiga hari lepas makwe meninggal dan balik Melaka balik. Memang aku sekarang berniaga kecil-kecilan jeruk mangga asam boi dan rendang ikan bilis campur pucuk cemperai @ pegaga @ pucuk ubi.
Bolehlah tampung sikit2 perbelanjaan. Nak kata jadi kaya tak jugak. Tapi niat aku buat bisnes ni sebab nak tolong ahli keluarga yang lain. Dapat juga diorang buat belanja sementara nak menunggu hari gaji. Amek untung ala kadar aje.
Kalau nak buat rendang tu, modal dia besar la jugak. Untuk sekilo rendang, memerlukan sekilo ikan bilis yang siap kopek (RM40), santan asli (lima kilo setengah, sekilo santan RM8), bawang kecik, asam keping, cili kering. Sebekas RM10 dan sekilo leh la dapat dalam 20 bekas.
Ikan bilis ni rangup sama dengan pucuk yang dimasak tu. Kalau nak cuba, leh hubungi nombor yang ada tu. COD pun boleh (bagi yang dekat la di area Ampang dan pos laju bagi yang jauh).
JERUK hasil air tangan isteri aku ni memang digemari ramai. Kalau bawak g opis tu kompom habis. |
NI DIA RENDANG IKAN BILIS. Boleh makan dengan nasi panas, roti, bubur, mi sup, mihun sup, roti canai, makan macam tu aje dan lain-lain. Rendang ni dah sampai obersi. |
Maas Salamah Wa Ilal Liqa'....maaf, post kali ni promote bisnes sikit. Kami mendoakan orang yang menyokong bisnie kami agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan tubuh badan.
No comments:
Post a Comment