Salam, bertemu lagi kita di sini.
|
Kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Tanah yang subur dan kaya dengan sumber bumi hingga dicemburui orang luar |
Malaysia yang kita cintai telah 55 tahun merdeka. sebelum merdeka, tanah yang begitu subur dan kaya dengan hasil galian ini dipanggil Tanah Melayu.
Merdeka bukan hanya perlu diingati pada 31 Ogos setiap tahun. Ia berterusan. Sama seperti kita ingat kepada Allah dan Rasulullah SAW. Setiap masa agar kita tidak lupa dan lalai dengan kesibukan duniawi.
Namun, amatlah kecewa. Jika dikira pada orang, umur 55 tahun sepatutnya mematangkan dirinya. Tahu mengenai rencah kehidupan dan segala macam tipu daya dunia.
Tetapi itu tidak terjadi. walaupun lebih sedekad kita merdeka, nampaknya pemikiran kira masih dijajah oleh anasir luar. Ini sungguh membimbangkan.
Apa nasib anak-anak yang bakal berdepan dengan suasana zaman canggih di mana ketika itu manusia mungkin dapat mengembara menggunakan teleport macam kartun Futurama.
Best kartun tu. Orang tua pun boleh layan.
Sebenarnya, bukan itu yang aku mahu cakap. Ia mengenai penggunaan nama penjajah di sesetengah lokasi yang bukan sahaja masih utuh malah, menjadi kebanggaan masyarakat sekarang. Haih!
Nama seperti King George V di seremban, Henry Gurney di Melaka, Georgetown, Queens Bay, Rafflesia, Hospital Queen Elizabeth cukup untuk
menggambarkan betapa kita tidak mempunyai identiti sendiri yang kukuh.
Sekarang baru masuk persoalan yang kurang diketengahkan. Sekiranya nama-nama itu dengan senang diguna pakai tanpa ada pihak yang mempersoalkan, mengapa ada pihak tertentu yang melabelkan pergerakan sesuatu Badan Bukan Kerajaan sebagai sesat atau taksub atau tidak moden jika menggunakan nama pejuang-pejuang Islam.
Sungguh kolot. Amat memalukan. Kita dipandang hina oleh musuh-musuh Islam.
Jika hendak pakai nama Saidina Hussin dicop sebagai Syiah. Pakai nama Omar Mokhtar dicop kampung. Pakai nama al-Imam Sayyid Muhammad Ibn Ali as-Sanusi dan dianggap kolot. Apa ni? Ia cuma nama. Nama yang disegani bagi orang yang memahami dan tahu. Bukan untuk orang jahil dan bodoh.
|
Imam Muhammad Ibn Ali as-Sanusi. Pejuang Islam dan wali Allah di Libya yang menjadikan penduduk Jaghbub pahlawan Islam yang ditakuti musuh terutamanya Itali ketika ingin melakukan penaklukan. Berpegang pada kalimah Lailahaillah Muhammadur Rasulullah Fi Kul Lilamhatin Wanafasin Adadama Wasiahu Ilmullah. |
Sebagaimana kamu tidak mempersoalkan nama-nama penjajah yang masih utuh di papan tanda premis-premis atau jalan-jalan raya, kamu juga tiada hak untuk mempersoalkan kami yang hendak menggunakan nama-nama pejuang Islam sebagai hendak menunjukkan rasa bangga kami.
Penggunaan nama itu menandakan sayangnya seseorang kepada empunya nama itu. Kami sayang kepada Sheikh kami maka kami hendak gunakan nama dia. Ada masalah?
Jangan sewenang-wenang hendak menuduh tanpa membuat penyeledikan atau bertanya orang yang lebih arif.
Bukan emosi tetapi menyatakan hak. Kamu mempunyai hak dan kami juga begitu. Kami mahu membuat Sheikh kami berbangga dengan kami bukan kami seorang yang berbangga dengan Sheikh kami. Itu sahaja.
Jadi, merdekakah kita? Maas Salamah Wa Ilal Liqa
No comments:
Post a Comment